mimpi buaya

ahah!! 3 ekor buaya berlegar-legar di dalam air. 2 ekor buaya tu sekejap tenggelam timbul, badan pun tak besar sangat. tapi yang seekor lagi tu besarrrrrnya…ketua buaya kot..

masalahnya buaya yang besar tulah yang datang ke arah saya! dok diam-diam di dalam air. nampak macam jinak dan mesra…tak merbahaya pun.

ishh…ishhh…tak boleh jadi ni. pesan orang tua-tua, air yang tenang jangan disangka takde buaya. tapi yang ni, bukan takat air tenang, buaya dah depan mata!

# tafsiran mimpi:

melihat buaya di air melambangkan anda tidak boleh mempercayai seseorang, baik teman atau lawan. atau juga melambangkan pencuri atau pedagang yang tidak jujur.

~hmmm….tak selesanya bila dengar tafsiran mimpi saya tu. ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari setiap bala dan bencana….amin.

terdapat banyak maksud berbeza jika bermimpi buaya:

1. bermimpi menunggang buaya dan masuk ke air atau sungai. ertinya, pekerjaan kita akan lebih sukses.

2. bermimpi melihat buaya merangkak masuk ke dalam rumah kita. ertinya, akan ada keberuntungan.

3. bermimpi digigit buaya. ertinya akan mendapat kesusahan atau masalah.

4. bermimpi ditelan atau dibaham buaya. ertinya anda harus berhati-hati dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling anda.

5. bermimpi buaya itu menarik orang atau anda kedalam air. bermaksud seseorang memaksa anda melakukan sesuatu perkara yang hina..

6. bermimpi buaya sedang makan. ertinya ada pencuri yang jahat atau ada orang yang makan makanan yang haram.

7. bermimpi memakan daging buaya atau melihat dirinya menyeret buaya dari air. maksudnya ia menang melawan musuh.

8. bermimpi melihat buaya sedang mengintai mangsanya. ertinya, kita harus berhati-hati kerana akan ada orang atau musuh yang secara diam- diam berusaha mencelakakan kita.

 

antara lain maksud buaya:-

buaya adalah haiwan sungai. ia menunjukkan khianat, degil dan jahat. jika bermimpi buaya di air membawa maksud buruk, jika di atas tanah membawa erti lemah dan terhina.

# nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

 

ddmk: kalau buaya darat?

About these ads

16 responses to “mimpi buaya

  1. 1.saya bermimpi buaya masuk kedalam rumah lalu saya menembak di kepalanya dan mati.
    2. 2 hari selepas mimpi di atas saya bermimpi pergi kesungai menaiki bot dan mencari buaya tetepi tidak jumpa(apa maksudnya)

  2. Saya bermimpi berdiri di tepi sungai bersama seorang lelaki yg saya sukai, Dan kami melihat banyak buaya di dalam sungai tersebut ada 2 buaya yg besar Dan 3 buaya yg msh kecil2… Apa arti mimpi ya itu… Thanks before…

  3. saya bermimpi buaya yg besar kaki putih berbulu..,ketika itu saya dan kwn menaiki bot,dan menemui buaya lalu buaya itu naik di atas batang kayu dan berenang,,saya dan kwn sya,trus prgi ke jeti dan sya mlihat buaya betul2 berhampiran dgn sya,sya takut dan trus naik ke jeti tetapi buaya itu tidak mgejar sya,malah dia hnya melihat sya sja… apa mksud mimpi itu ?

  4. salam….semlm sy termimpi pasal buaya…xtaulah pe mksd nye…bkn nk percaya dgn benda2 tu semua…tp musykil…sbb sy selama idop ni xpnh mimpi psl buaya..apa yg sy mimpi….sy mimpi buaya tu ada atas darat…buaya tu mcm mengitai sy…cari sy..nak baham sy ke mcm ne…tp xdpt2 jgk…sbb sy sembunyi n larikan diri….ape mksdnye ye???

    terima kasih membantu, wassalam…..

  5. saya sering bermimpi buaya yang besar sedang mengerja saya di darat..hanya saya seorang yang dikerja nya..apakah maksud mimpi itu..

  6. Dua hari sebelum saya bermimpi buaya, saya bermimpi nampak lipas yang banyak…yang mamakai perisai di sayap. kemudian, 2 hari selepas itu saya bermimpi melihat 2 ekor buaya di dlm sungai. kemudian saya nampak ibu saya telah membunuh seekor daripadanya. seekor lagi sedang mengangakan mulutnya dan ibu saya memasukkan pisau ke dalam mulut buaya dan tiba2 saya berada di dlm rumah menunggu ibu yang tak balik2. kemudian saya ke tempat tersebut dan mendapati ramai org telah berkumpul disana dan saya rasakan ada sesuatu yang tak kena berlaku…saya terus menangis dan terjaga dari tidur….apa maksud mimpi saya ni…..

  7. saya mimpi buaya gigt tumit kaki saya..dalam masa yg same sya berjaya menyelamatkan diri dengan panjat tempat yang tinngi..ape maksud nte??

  8. saya bermimpi buaya berwarna hitam yang sedang berada dlm tasik dlm keadaan ekornya bergerak2

  9. kepada pembaca yang bertanya..saya minta maaf kerana tiada jawapan yang khusus bagi persoalan anda. di ruangan ini saya hanya berkongsi mimpi saya sahaja, bukannya arif dalam hal tafsiran mimpi. saya hanya merujuk kepada sumber tafsiran mimpi menurut islam yang ada di laman internet.

  10. saya bermimpi buaya makan ayam dan hilang dan buaya itu balik lagi mau menggigitnya tapi saya pandang matanya lalu buaya bergi jauh dan tidak kelihatan apa artinya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s