kos sara hidup di Qatar

dalam keghairahan kita untuk mengembangkan kerjaya di negara asing, sewajarnya kajilah dulu segenap aspek untuk memulakan hidup di tempat yang baru. janganlah hanya memandang kepada 5 angka pendapatan bulanan sehingga lupa budaya, adat resam dan taraf hidup di negara luar berbeza dengan tanahair kita.

ingin saya kongsikan beberapa tips sekiranya anda ingin berhijrah ke luar negara. terutamanya…Qatar.

A. pastikan didalam letter of appointment dinyatakan 5 perkara wajib:

1.~ skop pekerjaan. pastikan anda mahir dalam bidang tersebut dan bersedia melakukannya.

2.~ kontrak perkhidmatan. minima 2 tahun. sila fahami segala terma dan syaratnya.

3.~ insurans. anda mestilah diberikan insurans kesihatan dan pergigian. insurans mestilah cover pasangan dan anak-anak. ini kerana kos rawatan di sini sangat mahal.

4.~ elaun tiket kapal terbang ke malaysia. elaun ini hanya cover orang yang bekerja sahaja, tak termasuk pasangan.

5.~ pengangkutan ke tempat kerja dan penginapan. adakah majikan sediakan atau tidak.

5.1. sekiranya majikan ada menyediakan pengangkutan dan tempat tinggal termasuklah uniform kerja….maksudnya anda bakal buat duit! hehee….

duit hanya keluar untuk cover kos makan dan bil asas sahaja, selebihnya boleh simpan. golongan expat O & G dan perubatan seperti doktor & jururawat sangat beruntung dalam hal ini.

5.2. tetapi sekiranya tidak disediakan, maka pastikan anda diberi elaun perumahan dan elaun pengangkutan. jika tidak kos sara hidup anda akan meningkat!

B. gaji paling minima jika TIADA kemudahan pengangkutan & penginapan.

1.~ jika anda hanya seorang diri, tidak membawa pasangan dan anak. gaji mestilah sekurang-kurangnya Qr15,000.00

anggaran kos sebulan:

       sewa rumah (tiada perabut) – Qr5000

      sewa kereta & minyak         – Qr2000

      makan minum                      – Qr3000

      bil utiliti & internet                – Qr500

      libur (makan+movie)            – Qr400

     lain-lain (dobi,bil tel)             – Qr400

     beli baju, jeans etc               – QR500

     baki simpanan                     – QR3200

2.~ jika anda membawa pasangan. gaji mestilah sekurang-kurangnya Qr20,000.00

anggaran kos sebulan:

     sewa rumah (tiada perabut)  – Qr5000

    sewa kereta & minyak           – Qr2000

   makan minum (barang dapur)- Qr5000

   bil utiliti & internet                   – Qr1500

  libur (makan+movie)               – Qr1000

  lain-lain (dobi,bil tel)               – Qr500

  beli baju, jeans etc                 – QR1000

  baki simpanan                       – QR4000

3.~ jika  membawa anak yang masih belum bersekolah, gaji minima Qr25,000 ke atas.

# nota: ini adalah perbelanjaan anggaran sahaja. berkemungkinan ianya akan berkurangan atau bertambah mengikut cara hidup masing-masing.

# wang simpanan mestilah sebaik-baiknya 30% dari gaji bulanan barulah berbaloi hijrah anda.

# rujuk disini> http://www.numbeo.com/cost-of-living/country_result.jsp?country=Qatar

C. bersedia menerima perubahan gaya hidup dan budaya.

1.~ ada dikalangan masyarakat kita hanya mampu bekerja selama 2 tahun. selesai sahaja tempoh minima kontrak, balik semula ke malaysia. tanpa mahu menyambung kontrak walaupun majikan bersetuju. bila ditanya kenapa tak sambung?

jawapannya ialah…kami tekak melayu..makanan di sini tak best, kerja teruk, hiburan takde harap tengok movie hujung minggu, kelab malam susah nak cari (kaki clubbing), kos hidup mahal tak dapat nak simpan duit, public holiday tak banyak..dan banyak lagi alasan lain.

termasuklah isu berjauhan dengan keluarga, tak tahan rindu kat anak bini atau risau jika berlaku sesuatu kehilangan nyawa dalam ahli keluarga nanti tak sempat nak balik. apapun alasannya, terpulanglah…itu hak anda.

~ jika kembali semula ke tanahair, sekurang-kurangnya anda dah ada pengalaman bekerja di luar negara yang pastinya akan memberi nilai tambah dalam resume anda. beserta pulak dengan 2 tahun wang simpanan….hmmm…senyum lebar!

2.~ bagi yang serasi bekerja di sini, Qatar menjadi rumah ke 2 selain Malaysia. ada yang dah menetap selama 13 tahun, 15 tahun dan 20 tahun berhasrat berkhidmat sampai pencen.

golongan ini kebiasaannya membawa keluarga bersama. anak-anak bersekolah di sini. jadi tiada gangguan emosi. sebab anak bini ada depan mata. kerja pun happy. setahun sekali balik kampung untuk menziarahi ibu bapa dan sanak saudara. cuti lama tu..30 hari!

3.~ yang penting kita perlu merancang dengan teliti sebelum berhijrah. mesti ada hala tuju untuk dicapai supaya tidaklah nanti kita hanya melengkapi peribahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

tetapkan matlamat sama ada ianya jangka pendek atau jangka panjang.

ddmk: rezeki ada dimana-mana.. :)