Tak perlu bawa kad perbankan untuk keluarkan duit di mesin atm.

File:QNB-logo.jpg

Qatar National Bank (QNB) baru-baru ini telah melancarkan satu sistem baharu bagi pengeluaran wang di mesin atm. Ianya satu sistem yang julung kali akan digunakan di Qatar.

Inisiatif ini datang sebagai sebahagian daripada komitmen QNB untuk menggunakan teknologi inovatif dan canggih untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti premium kepada pelanggan dengan cara yang selamat, cepat, dan mudah.

Teknologi IrisGuard adalah berdasarkan kepada fakta bahawa setiap mata manusia adalah berbeza dan memberikan pengecam unik untuk setiap orang di dunia.

Ia memetakan ciri-ciri yang berbeza daripada iris manusia dan memberikan pengenalan biometrik peribadi yang tepat, cepat dan selamat.

Iris mata adalah sepuluh kali lebih tepat berbanding cap jari.

Pelanggan hanya perlu melihat ke dalam kamera terbina, yang secara automatik akan mengimbas Iris dan akaun bank akan dibuka.

Sistem ini dibina untuk menangkap imej iris yang berkualiti tinggi; dan kemudiannya dipadankan dengan pangkalan data dalam masa kurang daripada dua saat.

Imej iris yang digunakan tidak boleh disalin, diklon, atau dicuri. inilah yang akan menjamin transaksi perbankan yang selamat bagi pelanggan.

Setiap cawangan QNB akan mempunyai mesin atm yang dipasang dengan sistem pengesahan biometrik bermula Oktober 2015.

Perkhidmatan ini memberikan pelanggan keselesaan untuk mengesahkan diri mereka sendiri tanpa menggunakan kad perbankan atau nombor PIN.

Juga tidak mendatangkan masalah jika sekiranya kad perbankan hilang atau tertinggal di rumah.

*sumber: Gulf Times

ddmk: pastikan bawa kad QID untuk kali pertama buka akaun.

Part 2: Souq Waqif Spring Festival 2015

Spring Festival berlangsung dari tarikh 23hb januari hinggalah 6hb februari.

dalam tempoh 15 hari tersebut acara akan bermula setiap hari pada pukul 4 petang hingga 6 petang. berhenti seketika untuk memberi laluan kepada solat maghrib selama 45 minit.

selepas itu pertunjukan diteruskan sehinggalah pukul 9.30 malam.

disebabkan sambutannya hanyalah setahun sekali, rugi kalau tak saksikan keseluruhan perarakannya.

~ kunjungan kali kedua ini bertambah meriahnya sebab…sampai je..acara pun bermula..yeayyyy..

DSC_5358

DSC_5344

DSC_5372

~ sessi malam pulak..

DSC_5395

DSC_5409

DSC_5417

DSC_5455

~ kuda kepang versi arab..

DSC_5425

DSC_5426

DSC_5430

inilah yang ditunggu-tunggu. melihat dan menghayati budayanya. mendengar paluan kompangnya. rentak lengok tariannya, terasa sungguh indah berada dalam suasana hiburan masyarakat di sini.

tak perlu tarian yang melalaikan, tiada percampuran bukan muhrim dalam persembahan. jika adapun melibatkan kaum wanita, mereka takkan dilihat menari bersama lelaki di pentas.

dan satu lagi…alunan selawat ke atas Nabi bergema sebagai pemula acara.

ddmk: penutup tirai, penat tapi berbaloi-baloi..

Part1: Souq Waqif Spring Festival 2015

walaupun telah berlangsung Spring Festival pada bulan januari lalu, rasa terkilan pulak kalau tak berkongsi dengan pembaca tentangnya.

apatah lagi setiap kali festival yang dianjurkan akan mempamerkan aktiviti yang berbeza.

sambutan selama 2 minggu diserikan dengan pelbagai acara menarik untuk tontonan pengunjung.

persembahan teater untuk kanak-kanak, persembahan kebudayaan arab, konsert, beraneka peragaan kostum dan perarakan di sekitar souq.

namun ada kelainannya kali ini. yang membuatkan kami teruja sangat nak tengok. iaitu kehadiran 3 ekor dolphin yang didatangkan khas daripada Rusia.

~ dengan tiket berharga 50 riyal seorang, dapat tengok dolphin ni selama sejam dengan macam-macam aksi.

DSC_5068

DSC_5095

~ kali pertama dapat saksikan nyanyian dan tarian qatari.

DSC_5298

DSC_5301

~ perarakan di sekitar souq waqif

DSC_5303

DSC_5309

DSC_5316

DSC_5317

DSC_5319

~ selesai pertunjukan, kami pekena kopi klasik turki. diiringi dengan manisan baklava. digoda pulak nak merasa aiskrim turki, hmmm..terangkat aihhh…

DSC_5331

ddmk: bersambung jelajah part 2

10 Negara Paling Kaya Di Dunia.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah sebuah organisasi antarabangsa yang menyelia sistem kewangan dunia mengikut polisi makroekonomi sesebuah negara.

Berdasarkan data perbandingan populasi yang diperoleh daripada IMF pada 15 Jun 2015, ketahui 10 negara yang dianggap paling kaya di dunia.

10. Hong Kong

Hong Kong

9. Switzerland

Switzerland

8. San Marino

San Marino

7. Emiriah Arab Bersatu. (UAE)

Emiriah Arab Bersatu

6. Norway

Norway

5. Kuwait

Kuwait

4. Brunei

Brunei

3. Singapura

Singapura

2. Luxembourg

Luxembourg

1. Qatar

Qatar

*sumber: astro awani

~ Pada tahun 2010 Qatar menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00. Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.40% paling tinggi di dunia.

Kini setelah 5 tahun, negara ini masih mengungguli senarai negara paling kaya di dunia.

ddmk: harga barang naik, rumah sewa naik, yuran sekolah naik..petrol je yang tak naik..

Terkini: Raja Zarith Sofiah Bantu Pelajar Di UK

London- Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang kini berada di United Kingdom selama seminggu bersama dua anakandanya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil dan Tunku Tun Aminah, menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar malaysia dengan kejatuhan nilai ringgit.

Baginda memaklumkan sesuatu mesti dilakukan untuk menolong mereka meringankan masalah kewangan.

“Tidak cukup sekadar tahu masalah mereka, tapi tidak berbuat apa-apa,” kata baginda dalam satu pertemuan, di sini baru-baru ini.

Justeru didalam Facebook baginda, Raja Zarith Sofiah menyuarakan keprihatinannya dan menawarkan bantuan: “Kepada rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di UK, tolong beritahu saya bagaimana saya boleh membantu. Adakah lembaga atau pertubuhan pelajar yang boleh membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan?”

Baginda memberi jaminan, akan bermesyuarat dan mendapatkan pandangan pihak tertentu mengenai cara terbaik untuk membantu pelajar terbabit kerana dana yang mahu dikumpul harus dikendalikan dengan baik sebagai amanah dan tidak boleh disalahgunakan.

*sumber: berita harian online

~ alhamdulillah..selain Yayasan Pahang yang membantu pelajar tajaan mereka di Mesir dan Jordan, kini Permaisuri Johor pula menunjukkan sifat keperihatinan yang tinggi dengan usahanya menolong pelajar malaysia yang menetap di UK. dengan perkembangan ini diharap adik-adik di UK akan segera menghubungi Majlis Pelajar Malaysia untuk tindakan lanjut.

semoga akan banyak lagi bantuan dihulurkan kepada pelajar-pelajar yang berada di negara lain.

ddmk: hari ini RM 1 = Usd 4.17