mana pak arab?

sampai saja di terminal lapangan terbang doha, saya lihat ramai pekerja am bangladesh dan india berkeliaran, ada yang bekerja sebagai cleaner, tak kurang juga pengawal keselamatan dan ada juga yang mengambil upah membawa bagasi kita. naik saja teksi untuk ke hotel pemandunya warga india, sampai di hotel  Wyndham Grand Regency yang menyambut kami  warga india, front desk yang menguruskan kami pun warga india….akhirnya barulah ada sorang perempuan pekerja hotel bangsa mat salih yang cantik manis, muka seperti campuran bosnia + arab.. tinggi lampai orangnya yang mengiringi kami sampailah ke bilik.

esoknya pula saya ke tingkat 1 hotel untuk sarapan pagi, kali ini beza pula..yang menyambut dengan senyuman mesra perempuan warga filipina, yang hidangkan teh lelaki filipina, usai sarapan..saya balik semula ke bilik…hah…room service…filipina juga! aduhhh…mana pak arab nih? rupanya baru saya tahu…di qatar ni ada 150,000 hingga 200,000 orang filipina yang bekerja dalam bidang hotel, restoren dan hypermarket. pasaraya carefour di Villaggio & City Center penuh dengan filipinos, dari cashier sampailah ke supervisor. warga india, pakistan dan bangladesh pula banyak di sektor pembinaan, dan pekerja am. tambah info lagi…..kata suami saya bangsa arab ni ibarat tuan, mereka tak akan buat keja-keja orang bawahan..

 

ddmk: ermmm…tuankah kita?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s