7 pagi di jalan as sadd, doha

pemandangan kereta warna putih memang lumrah di sini. kereta warna merah, biru, hijau dan lain-lain ada, tapi boleh dikira dengan jarilah…sikit sangat. warna hitam langsung takda. maklumlah asal usul tempat ni kan padang pasir, jadi secara lumrahnya kita tahu warna putih tu lebih sesuai dengan cuaca yang panas.

orang arab ni lebih suka kenderaan four wheel drive dan jenis pick-up. senang nak redah padang pasir katanya, yang jenis pick-up tu selain berguna untuk bawak barang-barang boleh angkut sekali kambing 3-4 ekor!..hah..dah jimat sewa lori kan.. model toyota menjadi pilihan utama, baik kereta biasa atau yang besar toyota menjadi keutamaan. resale value toyota pun tinggi berbanding jenama lain. bagi yang berduit Land Cruiser pilihan utama. kalau kereta sedan plak….hmmmm…yang menjalar di jalan raya biasanya BMW 7 series, Covert, mercedez slk, clk…pergghhhhhh….ye la kan pak arab kaya!! hehe..

di sini beza masa 5 jam dengan tanahair tercinta, pukul 5 pagi waktu doha seperti pukul 7 pagi di malaysia. waktu gambar ni diambil baru pukul 7 pagi tadi tapi keadaannya macam dah pukul 9 pagi di sana….panas dah. jalan raya di sini ada 3 lane sebab tu tak jem, nampak je banyak kereta tu sebab warga doha ni masuk keja awal. kebanyakannya pukul 7.30 pagi. cik abang pun hari ni pukul 6.30 pagi dah keluar..sampai ofisnya pukul 6.45 pagi, walaupun sebenarnya start keja pukul 7.30 pagi….eloklah tu..pekerja baru kan, memang sewajarnya berdedikasi.

ddmk: doha-langgar lampu isyarat kena denda QR300…takda diskaun2!!

2 responses to “7 pagi di jalan as sadd, doha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s