yara sodfa atau nancy ajram?..

hari ni saya hanya tengok tv. ada 13 channels HD..fuhhhh…terang bijik mata dibuatnya, sampai tak tahu mana satu nak pilih. hmmm….akhirnya layan channels musik video. ye lah kan boleh jugak tau siapa penyanyi yang popular kat sini. lepas satu lagu…satu lagi, lepas tu satu..satu lagi….layan lagi lagu…lepas tu layan lagi satu lagu…dan lagi…dan lagi….dan lagi…

sudahnya boleh mimpi cakap arab ni….hehe.. ada yang hebat musik videonya tak ubah macam mat salih, ada yang macam drama penceritaannya panjang berjela-jela,  ada yang menyelitkan budaya kehidupan orang kampung mereka, tak kurang juga yang simple dan bersahaja.

apa yang saya tengok warga di sini memang sukakan hiburan tapi hiburan yang terkawal. kalaupun ada konsert, ianya konsert tertutup. penontonnya relax dan enjoy ditempat masing-masing sambil mengoyangkan bahu dan bertepuk tangan. penyanyinya pulak tak menari ke hulu ke hilir…hanya berdiri setempat atau selangkah ke depan atau ke kiri dan ke kanan.

tak ada penguasaan pentas langsung. macam komen kak ogy..tak habis gali…hahaha… yang penat menari hanya penari latar je..merekalah yang menceriakan lagu tu. kalau harap penyanyi yang dok berdiri tegak tu mungkin kurang menyengatlah show dia.

dalam banyak-banyak musik video, ada 2 penyanyi perempuan yang menarik perhatian saya. penyanyi ni selain cantik, lawa, dan gebu..video mereka kerap diulang-ulang….hmmm….rasanya mereka lah yang tengah famous kot. apalagi cepat-cepatlah saya cari dalam youtube.

 

inilah dia penyanyi yang berasal dari Lubnan YARA SODFAH…

 

penyanyi ini juga berasal daripada Lubnan….NANCY AJRAM…

 

hah…..macam mana?….minat sapa?…yara atau nancy? sebenarnya ramai lagi penyanyi lelaki dan perempuan yang famous ni..tapi saya tak jumpa lagi penyanyi dari qatar. dari Lubnan yang ramai. jangan terpedaya dengan dressing mereka….seksi. biarkan je..sebab kebanyakan penyanyi tu bukan muslim…ya mereka berbangsa arab tapi bukan semua bangsa arab itu beragama islam.

 

ddmk: layan lagu ‘andai dapat ku undur masa’ dari axl lagi bestttt….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s