breakfast pagi jumaat

hari ni seperti biasa turun ke tingkat 1 hotel untuk bersarapan dan sudah diduga saya disambut senyuman mesra oleh receptionist filipina yang setia menanti di pintu dewan makan. jumaat dan sabtu adalah hari cuti hujung minggu. masa untuk bersantai dan berehat bagi orang yang bekerja….tapi saya terkecuali…hehe….

setelah 6 hari menginap di sini menu sarapan pagi lebih kurang sama, bezanya ada makanan yang diselang selikan hidangan mengikut hari. contohnya, kalau semalam pan cake dan kentang lenyek, hari ni kentang hash brown dan roti telur. sayur pula ditukar antara tomato bakar atau cendawan sedangkan makanan lain tetap sama.

apa yang saya perhatikan tetamu hotel yang kebanyakannya warga arab dan eropah, sebagai pembuka selera mula-mula sekali mereka akan makan roti yang ada pelbagai jenis. ada roti perancis, roti bun, roti biasa (macam gardenia) dan roti pita.

roti ini ada yang dimakan bersama butter, keju, kepingan daging, hommous (kacang kuda yang dah dikisar) dan buah zaitun. ada juga yang mulakan sarapan dengan makan buah-buahan dahulu. hidangan seterusnya mereka akan makan salad sayur sayuran termasuklah yogurt….kemudian barulah ke hidangan yang lebih berat.

bagi saya pula ikut cara kita….ambik je mana yang berkenan….hehehe…..inilah apa yang saya makan pagi tadi.

setiap hari inilah 4 hidangan breakfast saya, ini cukup dah kenyangnya dan cover terus sampai lunch nanti. sebelum kembali ke bilik, saya sempat ambik gambar 2 orang pekerja hotel yang mula mesra dengan saya..mungkin sebab dah hari-hari kami jumpa kan..tambahan pula memang saya sorang saja tetamu dari malaysia. senang sangatlah mereka nak ingat.

semasa hari pertama di hotel saya ditegur dalam bahasa filipina, receptionist dengan yakinnya menganggap saya filipino….ada ke patut? tapi itu bukanlah kali pertama, semasa bersiar-siar di shopping mall Villaggio, 2 kali saya dan suami disapa oleh orang filipina.

iskk…iskk…kalaulah saya jumpa badge bendera malaysia nak je disematkan kat baju….sebab…i’m proud to be malaysian!!

ddmk: ohh..nasi lemak..roti canai..teh tarik…arghhhhhhh…:(

5 responses to “breakfast pagi jumaat

    • heehehe….aku baru belajar buat blog sebenarnya, ko tau lah kan…dok menung jer kat sini tak buat apa….aku dah singgah blog ko…hmmmm….memang setia betul ko ngan kaler hijau yer..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s