isi perut penuh-penuh

seperti yang semua dah tau, buat masa ni saya ke doha hanyalah untuk menghantar cik abang saja. hanya seminggu di sini kemudian kena balik semula ke tanahair. sebab seminggu kemudian saya akan menunaikan umrah bersama keluarga pula. sementara tu suami yang terus tinggal kat sini akan menguruskan resident visa, yang mana tempoh untuk saya berada di doha akan menjadi lebih lama dan panjang……hmmmmm…..seberapa lama la agaknya nanti tu yer…..hehe..

mr. bala iaitu bekas bos suami semasa dia bekerja di petaling jaya dulu telah pun 4 tahun menetap di qatar. orangnya sangat peramah dan happy je, dialah yang bersemangat membawa kami berjalan-jalan di sekitar doha. kadang-kadang sampai 5 jam mr. bala ni luangkan masanya. dari tempat membeli ikan fresh di jeti, ke shopping mall sampailah ke souq waqif (kedai kain macam kat jln. tar). rasanya habis jugaklah separuh tangki minyak kereta dia tu….hehe….sebelum saya balik ke malaysia, mr. bala seperti biasa bermurah hati nak belanja makan. kali ni katanya di restoren arab paling sedap …woww…best tu!!

di sini ada puluhan restoren arab….tapi yang paling sedap katanya ialah restoren turkey ni. ya…memang betul..nak parking pun kena tunggu mana-mana kereta yang nak keluar. ada yang datang dari bahrain dan dari luar doha semata-mata nak makan di sini. kalau pandangan dari luar restoren ni nampak simple dan biasa-biasa je, tapiiiiiiii….. bila masuk je ke dalam…hmmm….harumnya aroma roti panas yang baru dibakar mula menusuk kalbu…ditambah pulak bau kebab ayam dan daging panggang….perut tetiba je jadi lapar.

masuk ke ruang makan, kami mula mencari tempat. saya nak meja makan berhampiran dengan tingkap…bolehlah jamu mata sambil jamu selera kan…tapi ada pak arab yang memandang saya sambil jeling-jeling….aikkkk…apahal plak??…..huh…rupa-rupanya saya yang salah tempat…..nak tahu salah saya?…..haaaaa…sebenarnya kebanyakan restoren arab ni ada 2 bahagian ruang makan. 1 bahagian untuk yang datang dengan keluarga atau bersama kawan-kawan yang ada orang perempuan bersamanya, dan 1 bahagian lagi hanyalah untuk lelaki-lelaki bujang dan lelaki yang melepak dengan gang lelaki saja…ooo..alkisahnya..baru tau!

inilah makanan yang mula-mula sampai. roti panas yang dimakan bersama pelbagai pilihan intinya..

inilah mr. bala..cuba tengok nasi bukhari ni…berasnya panjangggg….

 

pelik gak menu ni…..bertutup jer..

 

macam ni..mr.bala tunjuk caranya. mula-mula bukak selimutnya dulu…hehe

 

lepas tu……inilah dia rupanya…..pergghhhhhhhhh….

 

ddmk: makan kebab sampai lelap mata…aduhhh…sedapnya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s