last boarding….from doha to kuala lumpur.

nak menangis…..hampir menangis…..rasa nak menangis….airmata dah tak tertahan tahan lagi, jantung berdegup kencang, hati berdebar-debar, peluh dah mula menitis sedangkan aircond cukup sejuk…setiap minit tengok jam tangan…pandang kiri dan kanan..semua serba tak kena…

dah terbayang saya akan ketinggalan flight ni, yang akan membawa saya untuk balik ke malaysia…dalam hati tak putus-putus berdoa mohon agar Allah swt memudahkan segala urusan. di kotak pemikiran mula berkira-kira nak hulurkan kad kredit je untuk tempah flight lain….sementara mata meliar mencari kalau ada kaunter pertanyaan atau bantuan yang boleh menolong.

arrgghhh….masalah!!….flight doha-kuala lumpur hanya akan berlepas 40 minit lagi, sedangkan saya masih berdiri di kaunter 19 untuk check in. puncanya hanya satu…ada sorang penumpang yang mengambil masa terlalu lamaaaa….huh….tak pernah lagi seumur hidup saya tengok penumpang bawak beg sampai dekat nak 20 beg!!

mak ayah kita yang balik dari umrah atau haji pun tak de lah sampai macam tu sekali. habis tinggi pun ada la 3 atau 4 beg. sama gak dengan maid indon atau pekerja bangla nak balik ke negara diaorang pun tak macam ni…

berbalik kisah penumpang yang bikin semua orang panassss tu, angka 20  hanyalah begnya…. itu tak termasuk lagi dengan barang-barang elektrik seperti microvace, vacum dan beberapa kotak yang entah apa isinya. cubalah bayangkan ye…berapa banyak barang dia daaaa…

setelah semua beg dan barang selesai ditimbang timbul pula satu masalah…..pasport dia dah expired!!!!!!…..dan staff di kaunter check in boleh pulak tinggalkan kaunter semata-mata nak uruskan pasport dia….aduhhhh.

ramai pak arab dan pak negro yang beratur di belakang saya dah mula tinggalkan kaunter 19..tak tahu lah mana diaorang pergi. tinggallah saya dan 4 orang arab yang masih setia dalam debaran menunggu dan menunggu…masa berlalu..dan berlalu. tiba masanya… lagi 30 minit flight nak terbang, cukup!… ini tak boleh jadi!  saya terus terjah ke kaunter sebelah, kaunter check in untuk ke pakistan. mintak pertolongan staff tu..

tapi dia boleh cakap sorry madam..i cannot help!!  you can go to any counter to check in. what??? lagi 30 minit mana mungkin saya sempat kembali beratur di mana-mana kaunter dan yang pastinya masa semakin menghimpit..

dengan hati yang diselubungi kepasrahan yang teramat….saya tetap menanti….10 minit kemudian staff tadi yang pada mulanya tak nak langsung membantu, tiba-tiba memanggil saya semula. alhamdulillah…akhirnya terbit juga sifat timbang rasanya. dialah yang uruskan check in dan boarding pass, dialah juga yang telefon bahagian boarding untuk maklumkan ada sorang penumpang terakhir yang masih di kawasan terminal.

beg saya segera ditimbang dan terus ditag …waktu ini hati saya tersentuh..sangat pilu…sungguh kuasaMu ya rabb…aku bersyukur..sangat bersyukur….telah Kau kirimkan bantuan disaat-saat aku paling memerlukan.

lagi 15 minit kapal terbang nak berangkat!!…cemas..panik..takut.  tak ubah macam cerita dalam drama, saya terpaksa berlari-lari anak dalam kawasan terminal mencari pintu 14….ya pintu 14….itulah pintunya yang akan menjadi pemisah antara doha dan kuala lumpur…sedang saya dalam keadaan kalut, banyak pula mata-mata yang memandang …rasanya mungkin saya telah menjadi tumpuan di waktu tu!!..

ahhhh…biarkanlah.. apabila nampak saja pintu 14, separuh kerisauan hilang…cepat-cepat saya serahkan boarding pass dan terus menuju pantas menuruni esculator tanpa menoleh ke belakang lagi. terdetik juga dihati bagaimanalah agaknya nasib 4 orang penumpang yang beratur dibelakang saya tadi.

bas shuttle terakhir yang akan membawa saya ke kapal terbang telah siap sedia menunggu…masih kedengaran juga suara halus staff qatar airways membuat pengumuman last boarding flight qatar airways to kuala lumpur…last boarding..

semasa kaki melangkah masuk ke dalam kapal terbang, setiap langkah menjadi sangat bermakna, setiap nafas dihela bagai melepas beban di dada dan… setiap degup jantung mengucapkan syukur…

 

ddmk: ku tinggalkan bumi doha dengan dibaluti rasa dicintai..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s