oh bulan….

kawan yang baik ibarat sebatang pokok yang rendang, kita boleh tumpang berteduh di bawahnya dari terik matahari dan juga hujan. malah jika pokok itu mempunyai buah, kita boleh turut merasai enaknya buah yang telah masak ranum.

namun kenalah berhati-hati juga, takut pokok yang kita tumpang berteduh itu mungkin dahannya serkah….buahnya busuk dan ada yang beracun….haaaa….masa inilah baru kita tahu bahawa dalam banyak-banyak pokok yang kita jumpa tu, tidak semestinya yang nampak cantik rimbun, buahnya banyak dan pokoknya yang rendang itu boleh di jadikan tempat menumpang teduh atau tempat berehat seketika melepaskan lelah.

sahabat yang baik ibarat bulan penuh dimalam hari. walaupun jauh tinggi di langit namun kehadirannya selalu dinanti-nanti..melihatnya saja sudah terubat gundah gulana, mententeramkan hati yang lara. bulan tidak perlu berbicara, hanya terletak elok di atas sana. kita hanya mampu merenung bulan… siapalah yang tak inginkan bulan.. sehingga sering saja bulan dikaitkan dengan lagu dan kisah cinta.

bagi saya seorang sahabat yang baik tidak perlu diukur dengan luarannya. biarlah dia dengan caranya, biarlah dia dengan gayanya. apa yang utama adalah keperibadiannya dan keikhlasannya berkawan dengan kita. biarlah dia menerima kita seadanya….kurus atau montel, sempurna atau cacat, bijak atau lembam, kaya atau miskin.

dia seharusnya jujur memegang amanah, segala rahsia hanya kekal dalam dirinya. rasailah… bila bersamanya kita selesa…berjauhan dengannya terasa hiba…berjumpa dengannya kita gembira.. boleh cerita apa saja…berkongsi kisah suka dan duka…waima kisah nak pilih tudung raya atau kisah musim durian nak tiba…hehehe…

sahabat sejati bukan memberi pada saat orang meminta, dia mempunyai mata pandang yang mampu menembus relung kebisuan sahabatnya. dia melihat sesuatu dengan mata hati lantas menilai apa yang terbaik untuk kita. biar pada waktu santai atau waktu getir sahabat beginilah yang akan bersama kita.

bak kata pepatah dicubit peha kanan, peha kiri terasa juga. terkadang belum pun sempat mulut membuka kata tapi bagi sahabat sejati,  melihat wajah kita pun dia sudah tahu ada yang tak kena…mendengar suara kita di telefon saja sudah tahu sihat sakitnya.

inilah sahabat yang baik, bersyukurlah jika kita telah mempunyai sahabat sejati…yang mengambil berat tanpa mengharapkan sebarang balasan…tanpa ada maksud tersimpan.

kata-kata Imam Al-Ghazali :

Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.

kata-kata Saiyina Ali r.a :

temanmu yang sebenarnya ialah orang yang ada bersamamu dan orang yang menyusahkan dirinya supaya dia bermanfaat kepadamu.

 

ddmk: oh bintang mana bulan?

2 responses to “oh bulan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s