ingin ke sana lagi..

syukur alhamdulillah…saya dan keluarga telah selamat mengerjakan umrah pada 24hb julai hinggalah 5hb ogos yang lepas. bersyukur ke hadrat Allah swt  yang Maha Pengasih dan Penyayang yang telah melancarkan segala urusan kami semasa di dua tanah haram iaitu..madinah dan mekah.

terima kasih yang tak terhingga kepada semua sahabat yang mendoakan agar perjalanan ibadah saya sempurna. apalah yang dapat saya ungkapkan lagi, selain rasa kepiluan yang teramat apabila menjejakkan kaki sebagai tetamu Allah swt buat kali kedua. bezanya kali ini saya berpeluang merasai berpuasa awal ramadhan di mekah.

kepada sahabat yang pernah melaksanakan  ibadah haji atau umrah pastinya akan terdetik untuk ke sana lagi. hati bagai merindu untuk menatap kaabah yang menjadi kiblat solat di seluruh dunia. kaabah yang asalnya dibina oleh para malaikat atas suruhan Allah swt, kemudian disambung pula pembinaannya  oleh Nabi Adam as….dan akhirnya disudahi oleh Nabi Ibrahim as.

diturunkan pula batu dari syurga..hajaratul aswad yang bercahaya. cahaya hajaratul aswad itulah yang menjadi pengukur sempadan tanah haram di mekah. sejauh mana cahayanya terang memancar…sejauh itulah kawasan tanah haram..tanah haram api neraka.

selain itu, tanah mekah adalah negeri yang sangat panas, diutuskan Allah swt batu hajaratul aswad sebagai penyejuk cuaca di mekah..bayangkan sahabat..bagaimanalah agaknya panasnya mekah itu tanpa hajaratul aswad? mengapa pula mekah begitu panas? hanya Allah swt jualah yang lebih mengetahuinya.

Pahala solat berjemaah adalah 27 kali ganda daripada solat berseorangan, namun Allah swt memberikan ganjaran 100 ribu pahala jika kita solat berjemaah di masjidil haram, di dalammya terletak kaabah.

ya kaabah…tatkala memandangnya saja sudah bergetar di jiwa…meruntun sanubari…berlinang air mata melihat kaabah al sharifah…… Subhanallah…..Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar…

rasanya biarlah nyawa saya dicabut semasa itu juga..moga biarlah kaabah menjadi pandangan terakhir di mata saya sebelum mata tertutup rapat buat selamanya..moga Allah swt akan mengampunkan segala dosa-dosa silam saya…biarlah saya rebah di depan kaabah..moga jasad saya ditanam di mekah..

itulah perasaan yang sentiasa berulang-ulang di hati..tak jemu mata menatap kaabah.  namun nampaknya umur saya masih panjang… pastinya Allah swt telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk saya…begitulah harapnya, insyaallah.

 

madinah, kota yang penuh barakah… tanah yang menggenggam jasad rasullullah saw. negeri yang telah didoakan oleh rasullullah saw kepada Allah swt agar ianya turut dijadikan tanah haram seperti mekah. nabi kita pernah bersabda kepada para sahabatnya : “barang sesiapa yang tahu kelebihan madinah, maka pasti mereka akan bertempat di sini..kerana tiada yang lebih baik selain madinah”.

mutawif yang membawa rombongan saya menyatakan antara maksud kata-kata nabi itu antara lain adalah..udara di madinah adalah penawar, tanah di madinah adalah penawar, malah air di madinah juga menjadi ubat dan penawar yang mujarab.

berdiri bulu roma saya apabila kaki melangkah masuk ke masjid nabawi…setiap kali salam diberi ke atas nabi junjungan, sewaktu itu jugalah getarnya seluruh badan. manakan tidak wahai sahabat, masjid ini adalah asalnya rumah rasullulah saw…kekasih Allah swt. selain menempatkan makam nabi, turut disisi baginda adalah makam saidina abu bakar as siddiq dan saidina uthman al affan.

andainya kita datang ke masjid nabawi sama jualah seperti bertandang ke rumah rasullullah saw…apatah lagi jika kita melakukan solat berjemaah di dalamnya, pahalanya digandakan 1000 kali…Subhanallah.

telah saya sampaikan segala amanat sahabat semua semasa di mekah, telah saya pohonkan doa-doa yang dikirim dan tak lupa juga saya mendoakan buat sahabat yang masih belum berkesempatan ke sana, agar dapat sampai dengan izin Allah swt .. harapnya Allah swt akan memperkenankan.

di kesempatan bulan yang mulia ini bersamalah kita memanjatkan syukur betapa Allah swt telah memberikan nikmat yang terlalu banyak, janganlah dikirakan nikmat kesenangan saja..tapi renungkanlah nikmat penglihatan, pendengaran, pertuturan dan pergerakan anggota badan yang cukup sempurna..

tapi kita masih leka dan lalai walhal kita sedar bahawa semuanya ini hanyalah sementara. wahai sahabat, apalah agaknya nanti bekalan kita….cukupkah?

 

ddmk : yang kekal hanya di sana..

2 responses to “ingin ke sana lagi..

  1. Alhamdulillah……..suka saka baca blog awak ni……saya harap awak dah dapat jawapan yang awak cari selama ini dan harapan saya biarlah ianya berakhir dengan kebaikan…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s