termenung, termangu, terfikir..

semalam, dalam pada berkira-kira nak beli kfc untuk juadah berbuka puasa…tiba-tiba dapat call daripada abang. dia ajak buka puasa sama di hotel D’ Palma Ampang….wahhhhh…bestnyer..ada gak yang sudi ajak buka puasa. kalau tak makan sorang lagi la jawapnya. terletak hanya di sebelah ampang point, hotel ni memang menjadi pilihan utama penduduk sekitar ampang, sebab hanya hotel d’ palma saja yang banyak menyediakan menu masakan orang melayu kita berbanding hotel lain.

dari masakan kampung, ulam-ulaman, kuih tradisional sampailah ke cekodok goreng pun ada. pernah juga berbuka puasa di hotel flamingo, nikko, mandarin oriental, swiss garden dan concorde….tapi tak sama menunya dengan hotel d’palma. apatah lagi yang bagusnya, makanan di hotel ni mendapat pengiktirafan HALAL…..haaa tu yang penting.

tepat jam 6.45 petang saya drive meluncur laju ke hotel, tak sabar pulak dah..mula terbayang kambing panggang tergolek yang disaluti rempah ratus, harumnya aroma udang galah goreng kunyit, pedasnya daging salai masak lemak cili api, telur itik, ikan patin masak tempoyak, perut gaul rebung, kari kepala ikan, kari kambing….aduhhhh…

tak termasuk lagi sedapnya sup kambing, sup ayam, kerabu, nasi biryani gam, nasi ayam…diiringi dengan laksa, mee rebus, mee kari, rojak, roti john, roti boom, kebab, yong tau fo…. ditambah pulak dengan lazatnya abc, kuih koci, kuih talam, puding roti, popia basah, bubur kacang,  dan buah-buahan….(dan banyak lagi menunya).  hmmmmm….saya dah aim baikkk punya…apa nak makan nanti…hehehehe…

 

masuk saja ke dewan makan…sudah disambut dengan irama ghazal yang menyegarkan. suasana yang ceria dan senyuman mesra pelayan hotel menunjuk arah ke meja 28..meja santap kami yang bakal dipenuhi dengan lauk pauk.

dah bayar kan…rugi la tak makan apa saja! sementara menunggu waktu berbuka inilah beberapa gambar yang sempat saya ambil.

 

 

 

apabila azan dilaungkan…(bukan dari radio atau cd..tapi azan dari surau hotel), maka inilah waktu yang paling dinantikan. tak sabar nak minum teh tarik dan air sirap oren. apa lagi dengan lauk kampung yang dah tersedia.

seperti sabda  Nabi Muhammad s.a.w  : “Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan. Pertama pada waktu berbuka dan Kedua ketika menghadap tuhannya”.

ketika mula menjamah makanan….saya termenung seketika, sambil mengunyah ikan patin…saya termangu, fikiran mula melayang ke tanah suci. subhanallah…..betapa sederhananya berbuka di masjidil haram. makanan yang disediakan hanya beberapa ulas kurma dan air zam-zam. sekeping roti dan buah.

namun itu sudah cukup bagi kami…kemanisan kurma memulih tenaga yang lesu, kelazatan air zam-zam mengenyangkan perut yang lapar. roti dan buah sebagai pelengkap keperluan makanan. waktu makan hanya kira-kira 10 minit saja, kemudian petugas masjid dengan segera akan membersihkan ruang solat untuk jemaah solat maghrib.

sementara menunggu solat isyak dan solat terawikh…terpulanglah kepada jemaah keluar dari masjid untuk mencari makanan atau pulang sekejap ke hotel.

selera saya yang tadinya membuak-buak….mula hilang perlahan-lahan. kesyahduan berbuka puasa di mekah telah menyelubungi sanubari saya…setiap kenangan berbuka di sana seolah merentap fikiran untuk menjamu selera di hotel ini.

kesederhanaan hidangan di tanah suci telah menginsafkan saya. lantas…. tiadalah kambing panggang, udang galah, biryani gam dan kuih muih di atas meja.. yang ada hanyalah makanan sekadar untuk mengalas perut.

Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta” (Riwayat Al-Tarmizi)

 

ddmk: masih berfikir…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s