ramadhan kali ini

tak keruan. buat kerja serba tak kena, salah menaip…salah tekan huruf di laptop, salah tekan angka, salah kira…otak fikir lain bila buat lain pulak jadinya… hanya badan ada di ofis tapi hati jauh di kampung. air mata mula mengalir sedikit demi sedikit.

ya tuhan selamatkanlah mak! sambil jari jemari menaip pantas kerja terakhir di ofis sempat juga telefon abang setiap 1 jam bertanyakan status semasa mak.

” mak terjatuh sahur tadi dan kepalanya terhantuk ke pintu. sejak tu, mak muntah banyak kali. sekarang keadaan mak kritikal “…kata abang saya. doktor di hospital tampin yang merawat mak menolak kes ke hospital seremban pula. di sana ada kemudahan ct scan, biar doktor pakar yang mengambil kes mak.

sekiranya ada pendarahan di otak, pembedahan akan segera dibuat. ya tuhan…. kalau diikutkan kata hati di waktu tu juga nak balik, tapi tugasan ni menghambat saya…kerja harus diselesaikan dulu.

sebagai anak bongsu saya memang rapat dengan mak dan ayah. tambahan pula hanya saya yang paling lewat keluar dari rumah tidak seperti abang-abang dan kakak yang mula hidup berdikari seawal usia 13 tahun. masuk saja tingkatan 1 mereka tinggal di asrama. hinggalah ke tingkatan 5 dan seterusnya ke universiti.

kami hanya dapat berjumpa 2 minggu sekali atau paling tidak pun 1 bulan sekali. sedang saya pula masih setia dengan mak dan ayah sampailah umur 19 tahun. sebab itulah saya bukan saja menjadi anak manja malah anak yang paling mereka percaya.

siap saja kerja, ampang hujan. langit gelap, angin ribut, hujan lebat mencurah, guruh dan kilat saling berbunyi….ahhhhh pedulikan. saya mesti balik sekarang! biar beribu rintangan menghalang saya mesti balik.

sahabat baik saya berpesan banyakkan bersabar. janganlah bawak kereta laju-laju, hati-hati, drive carefully katanya. tapi maaf  sahabat…..saya melanggar arahan tu!

sampai hospital dalam pukul 8 malam. seketika terpandang sekujur tubuh yang saya cukup kenal. seraut wajah kasih yang menjadi kesayangan….melihatnya waktu sebegini badan terasa lemah, dada mula sebak, dah cukup! dah tak boleh pandang lagi! terus saja melangkah keluar dari wad. serentak itu saya menangis… mulalah kenangan ramadhan tahun lepas menghimpit naluri saya.

satu demi satu diari harian tersingkap….di hospital inilah saya menjaga arwah ayah. rasanya masih baru lagi saya ke sini, masih terbayang jejak tapak kaki di serata tempat…di wad, surau, kantin dan ruang ini…ruang menunggu.

akhirnya bersyukur kepada Allah swt….hiba saya tak berlarutan. mak selamat daripada sebarang komplikasi. keputusan ct scan menunjukkan tiada darah beku di otak, tiada kecederaan di kepala dan tiada yang memudaratkan kesihatan mak.

alhamdulillah….lega. barulah saya boleh tenang, barulah teringin nak  jamah makanan berbuka yang dah sejuk dan barulah saya boleh tersenyum!

wahai tuhan….ramadhan kali ini, aku KAU  uji lagi. tapi mujurlah semuanya selamat. jika tidak….aku sudah terlalu lemah tidak setabah dulu lagi.

 

ddmk: andainya KAU izinkan biarlah kami pergi bersama..

6 responses to “ramadhan kali ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s