esok ke qatar?

hmmmm…..cik abang dah gaji semalam. dengan selamba jer ajak kita datang sana. saya tahu dia terasa dengan kisah persiapan raya tahun ni yang serba kekurangan. dia juga sedar dan tahu betapa dalamnya pengorbanan saya selama ini…ya dia cukup tahu.

sepantas itu jugalah dia ajak shopping raya. jom shopping!!…hehe… dia nak belikan saya kasut, handbag, perfume, make-up, baju….seberdiri tegak tu, macam hantaran pengantin pulak dah.

juga dia nak bagi hadiah raya…ehem..ehem. yang sukanya tu hadiah raya kali ni saya telah terbekenan dengan sebuah jam tangan yang tiap-tiap malam ada keluar iklan kat tv. warna hitam, black sapphire , dalammya ada diamond….pergghhhhhh. kalaulah dapat….bukan statement masa itu emas lagi dah, tapi tukar jadi ‘masa itu diamond’…erkss..boleh ke?

yang buat surprise tu, dia mintak saya datang minggu ni ke doha. flight esok jumaat. balik pulak hari ahad atau isnin sebelum raya. dapat la 3 hari 2 malam katanya. belum pergi lagi dah terbayang-bayang indahnya Villaggio & City Center!…shopping sakan esok ni…sapa yang tak suka! lagi meriah bila cik abang tu nak bayarkan.

almaklumlah…berhabis duit bukan untuk orang lain pun…hehehe. abis shopping nanti nak buka puasa kat restoren arab, esok pulak kat steak house, lusa kat Oryx antara hotel 5 star kat sana. amboiii…bukan main lagi cik abang kita ni kan, dah buat planning untuk kita. tapi apakah tandanya tu? tau lah sayang bini, rasanya macam ada maksud tersirat jer…

apapun…setelah berfikir panjang, saya tak pergi ke qatar esok. kenapa? tafsirkanlah yer..

 

ddmk: belajar sesuatu dari ramadhan tahun ni..

2 responses to “esok ke qatar?

  1. T…. dia tengah sarat ngan rindu tu…. sebab tu ko minta je apa pon sure dia kata ok. eheeeee sabarlah ya… ko pon nak kesana gak kan lepas raya nie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s