aduhhh….mimpi dipatuk ular!!

lirik lagu :

~ apa tafsir mimpiku ini malam tadi kaki dipatuk ular,  kata orang jodoh dah tiba,

~ minta-minta lah jodohku bersamamu…

* audio kurang memuaskan.

# tafsiran mimpi:

1. mimpi dikejar ular atau dipatuk ular. jika anda masih bujang ertinya ada orang akan meminang atau jodoh anda semakin hampir. tetapi jika anda telah berkahwin. ertinya anda akan memperolehi kebaikkan dan kebahagiaan.

2. mimpi dibelit ular. bermaksud sesuatu yang buruk atau bencana.

# nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

ddmk: sebelum naik pelamin dulu, tiap-tiap minggu mimpi kena kejar dek ular..

3 responses to “aduhhh….mimpi dipatuk ular!!

  1. assalam…
    saya nak bertanya… dari saya remaja sampai lah dah kahwin dan beranak.. saya selalu Mimpi di kejar oleh Ular.. hingga saya tertanya2 apa ertinya di sebalik mimpi saya ini…

    • waalaikumussalam…
      seperti nota saya, mimpi yg kita alami mungkin adalah permainan tidur atau mimpi yg membawa petanda dari Allah swt. bergantung kpd masa/waktu puan bermimpi, dlm keadaan bersih atau tidak.

      melalui pembacaan dari buku tafsiran mimpi menurut islam, mimpi terbahagi kpd 3 bhg.

      1- mimpi mainan tidur/sesuatu perkara yg kita terlalu fikirkan hingga terbawa2 semasa tidur.
      2- mimpi dari gangguan jin & syaitan.
      3- mimpi yg benar, membawa sesuatu petunjuk dari Allah swt.

      sekiranya puan bermimpi diantara pukul 12 malam hingga 3 pagi, tempat tidur bersih dan puan juga didalam keadaan bersih (suci dari haid)/ dlm keadaan berwudhuk…insyaAllah itulah mimpi yg memberi petunjuk.

      sebaliknya jika puan bermimpi bukan dalam keadaan spt yg dinyatakan di atas, ini bermakna mimpi puan itu hanyalah mainan tidur atau terdapat gangguan dari jin & syaitan.

      sentiasalah membaca Surah Al-fatihah, 3 Qul dan Ayatul Kursi sebelum tidur seperti yg disarankan oleh kebanyakan ulama kita.

      waallahuaklam….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s