victoria menjadi saksi

apa saja pencetus rasa…sama ada gembira, marah, sayang, sakit hati, jiwa kacau, jiwa lara….atau sambutan sesuatu yang istimewa seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan. tak kurang juga kalau rasa geram sebab kena buli dan tension kena tortured masa keja….tak lain tak bukan ke victoria station lah jawapnya.

di sinilah kami akan makan malam. kami akan menghabiskan masa sambil mengisi perut dan melayan perasaan.  restoren ini juga termasuk tempat pilihan untuk berbuka puasa. suasananya yang tenang dan relax sambil layan lagu-lagu country menghilangkan fikiran yang berserabut. semasa bulan puasa pula akan ditukar dengan lagu raya tau…walaupun masa tu baru seminggu puasa!   sesekali jika terasa nak makan malam berdua-duaan dengan cik abang bolehlah  makan di dalam train…dengan lampu suram chandeliarnya membangkitkan aura romantik yang menghairahkan…ghairah sebab nak makan steak!..hehe

victoria station di jalan ampang menghidangkan steak terbaik. tekstur daging lembunya yang lembut dan kehebatan chef mengadun sos signature victoria station mengecurkan air liur kami. kali pertama makan malam di sini sejak 6 tahun yang lepas atas dorongan seorang kawan telah membuatkan tempat ini dekat dihati. telah banyak restoren yang diredah semata-mata nak cari steak yang memenuhi citarasa. tgi friday, san francissco steakhouse, the ship, meat work, big brother dan lain-lain restoren. tapi bagi kami hanya victoria saja menjadi pilihan.

selain steak sebagai hidangan utamanya ada juga hidangan lain seperti lobster, spring chicken dan jika kena musimnya tiram yang segar akan ada dalam menu dengan 3 cara masakan yang berbeza rasa. nak makan mentah pun boleh…tapi perahkan lemon dulu..kalau tak..tak tertelan…hehehe.

kebiasaannya inilah menu yang akan dipesan…

  jus anggur

  sup panas dengan roti

  rib eye steak

lobster & steak. (ada menu mix seperti steak+seafood, steak+lobster, steak+chicken)

  kalau masih larat lagi..hehe

ddmk: 2/9/2011..pre 10th anniversary.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s