masanya telah tiba..

esok…pada hari khamis 29hb September 2011 saya akan ke doha. flight Qatar Airways QR621 pukul 10.20 pagi. seperti biasa 3 jam sebelum penerbangan seharusnya kita sudah berada di airport. maknanya sekitar pukul 7.30 pagi saya perlu ada kat sana untuk check-in dan pukul 9.00 pagi terus boarding.

saya tahu semua keluarga dan sahabat pastinya akan terkejut dengan pemergian sepantas ini..hingga tak sempat untuk kita bertemu..hanya sekadar makluman melalui entry ini dan panggilan telepon saja. janganlah risau ya…dengan izin dari Allah swt saya akan balik semula. doakanlah agar perjalanan ini nanti lancar dan selamat sampai ke destinasi.

hati diselubungi rasa gembira dan disaluti perasaan teruja untuk kembali ke doha…namun saya tak dapat membohongi diri betapa perasaan sedih dan hiba turut hadir…seakan separuh jiwa saya tertinggal di sini.  saya akan pergi daripada tanahair yang tercinta hanya untuk bersama suami…juga terpaksa meninggalkan orang-orang disekeliling yang saya sayang….sangat sayang.

tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intai saya antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.

ayam didik disambar helang, dari sumur sampai ke kali, tinggallah teman tinggallah sayang, panjang umur bertemu kembali.

ddmk: hanya yang kasih akan mengerti betapa dalamnya pengorbanan ini… hanya yang sayang harus mengerti bahawa pengorbanan ini mahal harganya.

6 responses to “masanya telah tiba..

  1. salam T, sure ko dah selamat sampai sana kan? tempat isteri memang disisi suami. just take care of yr self there ya…… baru je jumpa smula ko dah merantau pula.. moga panjang umur kita bertemu kembali. going to miss u & do keep in touch…

  2. salam kak….selamat jalan! moga segalanya berjln lancar. insyaallah….ALLAH lebih tahu apa yg terbaik sbb tu dia buka kan hati akak ke sana 🙂 pasti ia yg terbaik utk akak & asben! jgn sedey k…ada kelapangan blk la sini. leh ziarah & gather ngn sume org 🙂 all the best kak! take care!

    • salam dik…iya betul tu, kita tak tahu apa perancangan Allah swt utk kita, harapnya biarlah semuanya baik-baik belaka…insyaallah ada kelapangan nanti kita jumpa ek…akak pun ada benda yg berkenan dgn product shaklee tu…hehe

Tinggalkan komen