tipah tertipu..

seminggu yang lepas :

aduhhh…tak menang tangan dah ni, mana nak kejar dateline keja-keja ofis lagi…tender buat balai polis di melaka pula nak kena settlekan, nak audit akaun ofis, nak renew lesen-lesen kementerian kewangan, nak follow-up renew lesen pkk, nak set jumpa auditor dan lagi..dan lagi..dan lagi. semua tu terpaksa disiapkan dalam tempoh 3 hari gara-gara cik abang bagi short notice.

“kena datang tau, documentation tentang rumah tu, dia cakap wife kena ada sekali, kalau tak, kirim salam lah..tak dapat rumah sewa. lagipun nak uruskan documentation visa”. katanya.  “ye la..ye la..kita datang la ni, tapi kejap je tau..lagipun visa tak dapat lagi ni”. balas cik adik.

 

sampai qatar (dalam teksi) :

cik adik    : abang, bila kita nak jumpa tuan rumah sewa tu? wife kena ada kan?

cik abang : kita jumpa dia lusa, sabtu.

cik adik    : ehh…bukan esok ke..hari tu abang cakap jumpa dia jumaat.

cik abang : jumaat cuti la sayang.

cik adik    : hmm..ok.

 

doha jaded  (kawasan perumahan):

cik abang : ok..dah sampai. kita g rumah kawan abang jap.

cik adik    : ok.

cik abang : masuklah..apa tunggu kat luar tu.

cik adik    : tak nak lah.

cik abang : SURPRISEEE…..hehehehe..

cik adik    : (terdiam..terkaku..)

cik abang : SURPRISEEEEE…MASUKLAH!!

cik adik    : (masih berdiri depan pintu, diam..kaku)

cik abang : SURPRISEEEEEEEEE…hehehehe…masuklah!!!

cik adik    : erkks…abang, ini rumah kita ke???

cik abang : hahahahaha….iya la…rumah kita!

cik adik    : (masih terpaku sambil kaki kanan melangkah masuk dengan lafaz bismillahhirrahmannirrahim)

cik abang : meh sini..haaa…ini ruang tamu, yang ni dapur, ini bilik air..dan yang niii…bilik tidur..hehehe. 2 minggu abang ambik masa nak lengkapkan rumah ni. hari-hari lepas keja abang berulang alik ke kedai perabot, kedai elektrik dan carefour.

sengaja abang settingkan perabot rumah sama macam rumah kita kat ampang, biar ayang rasa selesa kat sini..lagi satu, tv ni abang ambik siaran berbayar macam astro tu, tapi lagi canggih..ada 999 channel ni, takkan abisnya tengok semua. hah..lagi satu, sebenarnya kan.. semua documentation dah siap. cuma tunggu ayang datang je..

cik adik   : owwhhhh…….

 

ddmk : sabor jer!

2 responses to “tipah tertipu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s