setelah 2 minggu..

ada masanya terasa masa siang terlalu panjang…bila lah nak malam…hehe. manakan tidak..di sini pukul 5.00 pagi dah terang, pukul 6.00 pagi seakan pukul 8.00 pagi di tanahair. sebab itulah pada hari pertama saya jadi suri di rumah, pukul 8.30 pagi semua kerja dah siap. dari basuh kain, sidai kain, vacum satu rumah..itupun rasa macam nak masak jer untuk lauk makan tengahari tapi awal lah pulak kan. sudahnya layan internet dan tengok tv yo lah..

dan ada kalanya pula terasa lamanya waktu malam di sini…aiseh..bila nak siang ni..puas sangat dah tido. 3 kali bangun tak jugak subuh lagi. apa taknya..pukul 5.00 petang dah senja, 5.15 petang maghrib, 7.00 malam isyak. selepas solat dan makan malam.. hmm..layan internet dan tv lagi nampaknya.

3 hari pertama saya ambik masa nak set timing di minda ni…beza masa antara qatar-malaysia ialah 5 jam. sebab itulah kadang-kadang tu pukul 8.00 malam doha rasa mengantuk teramat sangat..padahal baru makan malam. perut pun kenyang lagi. tapi disebabkan di malaysia waktu tu dah pukul 1.00 pagi…no wonder mata pun kuyu semacam. masa ni terkenang pulak orang-orang di sana tentu tengah nyenyak tido dan member-member mesti tengah best layan game di internet.

cuacanya yang panas kering dan air paip yang sentiasa panas-panas suam ditambah pulak dengan perubahan perut menerima makanan kat sini membuatkan saya tak sihat pada minggu pertama. sakit perut, sakit kepala dan badan mula nak demam. tapi alhamdulillah..sihat dah. mujur tak melarat. pesan sahabat saya “banyakkan minum air suam la..bukan air batu! “…dia tak tau saya dah jadi hantu aiskrim sekarang…eheh..:)

masuk minggu ke dua..lain pulak jadinya. semua serba tak kena. nak kata jadi pemarah ada la sikit, nak kata jadi pendiam..ada la sikit. masak?…tutup dapur. malas!…tv?..tengok tapi fikiran melayang!..makan..hmm tak da mood..dalam hati bengkakk jer..entah apa yang sakit hati tak tau.. marah kat sapa pun tak tau..jiwa monyokk jer. perasaan yang paling best masa tu ~ tidur…ya tidur!….zzzzZZzzzzzz~~

kini setelah 17 hari…syukur kepada Allah swt.  badan dan minda dah boleh terima keadaan di sini. dah absorb perubahan gaya hidup sekarang. cuacanya, persekitarannya, makanannya, budayanya dan beza masa 5 jam tu dah dapat saya atasi. berterima kasih kepada cik abang yang dengan sabarnya melayan perubahan mood saya. 2 kali seminggu dia akan pastikan kami keluar bersiar…just hanging around. jalan-jalan pusing shopping mall then makan-makan. kalau ada movie yang best, kami layan movie.

inilah pemandangan dari rumah kami..kawasan doha al jadeda

 area rumah dekat dengan Qatar World Trade Center

 malam di doha al jadeda

terlalu banyak yang akan saya kongsikan tentang kehidupan di qatar. terutama kisah masyarakat arabnya. insyaallah…tunggu ya!

ddmk: doha di mataku kini bermula..

2 responses to “setelah 2 minggu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s