3 hari 2 malam…

sebelum ke qatar ni member-member cina tak tau negara qatar…sudahnya saya cakap pergi arab… dan sepantas kilat diaorang sebut DUBAI? amboi…dubai tau pulak?…mesir ke, bahrain ke, qatar ke..tak tau. hmmm…itulah penangannya Burj Khalifa yang tinggi melangit tu. bangunan tertinggi di dunia!

semasa dalam pembinaan nama asalnya ialah Burj Dubai, tetapi sewaktu perasmiannya oleh pemerintah dubai Sheikh Mohammad Rashed Al Maktoum pada 4hb Januari 2010, Sheikh Mohammad telah mengisytiharkan nama bangunan kepada mercu tanda dunia yang baru itu ialah Burj Khalifa!..hmm kenapa yer? untuk pengetahuan Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan adalah Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE).

dia juga merupakan pemerintah Abu Dhabi telah menyumbang usd10 billion (dalam rm94 billion) kepada dubai untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah terbesar dubai …sebab tu kot. untuk menghargai dan menghormati presiden, nama bangunan ditukar daripada Burj Dubai kepada Burj Khalifa. namun, biar apapun namanya mercu tanda ni tetap menjadi kebanggaan dunia arab….satu dunia dah tau Dubai….bukan Qatar..hehe

sebenarnya arrival visa saya akan tamat 28hb ni…pejam celik pejam celik..dah hampir sebulan kat doha ni. tapi abang besar tak bagi balik la pulak…mintak stay sampai raya haji, lepas raya haji nanti baru boleh balik. so…ke dubai kita. jalan-jalan cuci mata. menyelam sambil minum air katanya..tambah lagi 1 bulan arrival visa..hehehe…bijak..bijak..

sebelum ke dubai sorang kawan dah pesan, “ airportnya besar, penat jalan kaki tau..takde train atau shuttle bas yang akan pick-up kita..”. dannn… bila kami sampai pada 20hb yang lepas…iyalah pulak!! dari tempat kapal terbang  landing sampailah ke immigration kita kena jalan kaki…adalah dalam 20-25 minit.

ikut kelajuan masing-masing la! patutlah kebanyakan penumpang lain selepas keluar dari kapal terbang terus meluru berjalan pantas, sebab nak kejar masa kot. sedangkan kami jalan santai-santai dalam airport.(mengah jugak  la dibuatnya…)

inilah hotel yang telah kami pilih melalui internet…Ramada Downtown. mengadap Burj Khalifa, Dubai Mall dan Fountain….jom kita tengok gambar-gambar…:)

pemandangan malam dari bilik…inilah dia Burj Khalifa..memang cantik..

selang setengah jam fountain (air pancut) akan ‘beraksi’ selama 5 minit..mulai pukul 7 malam sampai 11 malam. (gambar kurang sharp sebab terhalang dengan tingkap hotel)

oh ya!! selain keterujaan berada di dubai ada satu lagi berita menarik.

sebelum ke sini kami terserempak dengan artis Tomok di airport doha. selain tomok ada juga aizat, lisa surihani dan beberapa artis baru yang kami tak kenal. diaorang baru habis shooting kat istanbul dan transit di doha nak balik malaysia. tajuk filemnya ‘Istanbul Aku Datang’. akan ditayangkan di pawagam tahun depan.

saya dah 3 kali pandang lisa surihani tapi no respond..(penat kot..agaknya la). tomok memang peramah, berbudi bahasa orangnya. kalau tak disebabkan flight ke dubai dah boarding mesti sembang lama dengan dia. so sweet..still maintain macam budak baru abis spm!..

ddmk: senyum manjang dalam flight..hehee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s