Burj Khalifa, Dubai

pemandangan indah waktu pagi dari bilik…tak jemu mata memandangnya…

~ pembinaan Burj Khalifa menelan kos RM2.7 billion. ianya telah dirasmikan tahun lepas pada 4hb Januari 2010. (baru setahun lebih rupanya)

~ menara setinggi 828 meter, mempunyai 163 tingkat dan hampir 2 kali ganda ketinggian menara kembar Petronas. (KLCC ditangga ke 6 sekarang dalam senarai bangunan tertinggi dunia)

~ reka bentuknya berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir. menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. pelan lantai berbentuk ‘Y’ yang menghadap teluk parsi. ia berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.

perasan tak ada kerusi pasang siap tengah dipasang tu..hmm..ada event apa la agaknya

~ Burj Khalifa mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.

~ mempunyai tingkat-tingkat yang melalui beberapa zon iklim dengan suhu di tingkat paling atas adalah sehingga 10 darjah celsius lebih rendah daripada tingkat bawah. (sejukkkk)

~ hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 70 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64. semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dijual. (satu malam rm2000 untuk bilik hotel paling murah..ehheee..murah ke?)

~ pejabat korporat diperuntukkan pada tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 76. masjid pula di tingkat 158.

~ jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah.

~ sistem penyejukan bangunan itu mampu mengeluarkan air yang boleh memenuhi 20 kolam renang bersaiz Olimpik setahun.

~ anjung tinjaunya yang dibuka kepada pengunjung berada di tingkat 124. tiket bayaran sebanyak rm100 seorang. (ruginya tak sempat pergi…sebab terlajak cuci mata kat dubai mall…hehe)

hotel-hotel di sekeliling burj khalifa

sekali pandang macam KLCC pulak kan..mungkin sebab materialnya sama.

enterframelah sikit ye…hehe..

ddmk: cantik, menarik, tertarik bila tengok burj khalifa ni..hmm…kena pergi lagi ni…insyaallah🙂

4 responses to “Burj Khalifa, Dubai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s