The Dubai Mall

dibuka pada 4hb november 2008. memang Besar…mEmang Sangat besAR..memang besar SANGAT!!.. tengok dari luar biasa-biasa je..cuma 4 tingkat. macam the mall dekat pwtc pun ada, macam subang parade atau mid valley pun sikit lebih kurang je. sebelum ke dubai saya dah surve dalam internet tentang dubai mall ni.

haaaa..rupa-rupanya..the dubai mall adalah mall yang terbesar di dunia mengikut keluasan lantainya! parkingnya saja ada 14,000 lot….bayangkan kalau semua lot penuh maknanya ada 14,000 kereta..dan kalau 1 kereta penumpangnya 5 orang..berapa ramai agaknya tu kan?

bila masuk ke dalam…dah nampak berderet tempat makan, mengikut info mall ni ada 120 cafe dan restoren. banyak tu..pilih la nak makan apa. makanan arab, barat, timur semua ada. yang lain sama gak macam klcc..ada butik baju, jam, make-up, baju-baju berjenama, kasut, barang kemas, panggung wayang (22 skrin) dan lain-lain lagi.

sapa yang kaki shopping atau window shooping tu, haa..inilah tempatnya..sebab ada 1200 lot kedai..semuanya penuh, takde yang kosong..bertambah kayalah pak arab ni..eheh..

konsep hiasan dalamannya yang menarik perhatian pengunjung. ideanya yang segar dan moden tapi tak lari dengan budaya arab. hiasan pokok kurma sentiasa ada di mana-mana. begitu juga hiasan khemah ala-ala di padang pasir.

disebabkan mall ni besar dan pak arab dah tau confirm pengunjung akan lenguh-lenguh kaki..macam saya sampai melecet tumit dibuatnya..hehehe  maka disediakannya tempat duduk yang sangat banyak untuk kita berehat sebentar. sofanya besar dan pelbagai rupa..almaklumlah pak arab dan bangsa eropah secara biologinya kan lebih besar daripada orang asia macam kita.

ada sofa fabrik macam kat rumah, ada sofa pvc macam kat ofis dan bangku panjang yang empuk.. macam gambar ni, cuba tengok pokok kurma tu..di sekelilingnya ada kerusi rehat.

dannn…yang lebih menarik lagi di dalam dubai mall ni ada aquarium..masuk guinness record sebab menggunakan panel aquarium gentian khas bukan kaca (acrylic) terbesar di dunia. 5 hari pertama sejak hari pembukaannya dah mencatat 60,000 orang yang masuk aquarium ni..maknanya sehari 12,000 orang..kalau dibahagi dengan 12 jam tempoh aquarium ni beroperasi..sejam 1 ribu orang…uishhh..mesti padat tu!

banyak gak ambik gambar dalam aquarium tu..tapi sila-silalah tengok kat fb ye. sebab kalau semua masuk sini..puas pulak nak scroll ke bawah manjang..eheeee..

keluar dari aquarium kami di tingkat yang lain…uikss..tak perasan pulak 2 tingkat rupanya aquarium tu!! masuk tadi di tingkat bawah, keluar pulak di tingkat 2. perut pun dah berkeroncong..mau taknya hampir 2 jam setengah kami leka melihat ikan-ikan..tapi..bila keluar je aquarium elok-elok pulak depan mata ada food court.

macam tau-tau je pak arab ni kita mesti penat berjalan dalam aquarium tu kan. dah buat research la tu. dalam memikir pilihan makanan yang banyak dalam food court, terjumpa pulak restoren thailand. terus je order kuehtiaw goreng..dann sedaplah pulak!..hahaha.. mana taknya memang tukang masaknya diimport dari thailand sebab tu taste tak lari.

kunjungan ke dubai memang membuka mata dan minda. bandarayanya yang bersih, panorama pembangunan yang sangat pesat dan teratur. melihat bangunan tertinggi di dunia, mall terbesar di dunia dan aquarium terbesar di dunia.

kalau nak cerita tentang pengalaman 3 hari 2 malam di dubai rasanya boleh buat 2 entry lagi. tapi rasanya cukup lah dengan 3 entry ni..hehe.. insyaallah mana tau kalau saya ada kesempatan pergi ke dubai, akan saya kongsikan lagi.

ddmk: terima kasih sudi menjenguk ke blog yang tak seberapanya ni..sekadar ruang untuk berkongi pengalaman di rantau orang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s