takanang juo

hari ni jumaat. lusa dah raya! owhhh..banyaknya kerja nak settlekan..nak cuti ni, selasa baru sambung kerja. meja yang sejak pagi tadi berterabur tunggang langgang dengan fail-fail hitam mula dikemaskan.

“zaitun, list expenses dah siap lom? tolong call semua branch..confirmkan gaji dah masuk”. “Ina cepat buat job list next week, jangan ada tinggal satu pun tau..eh..ina ada apa-apa oustanding tak?” sambil bercakap tu tangan pantas off kan komputer dan suis aircond, kerusi segera disorongkan ke meja.

“kak..semua settle. saya dah bagitau branch tentang gaji”. jawab zaitun. “kak, ini job listnya, tolong check dulu, rasanya ini je untuk minggu depan dan takde outstanding untuk akak..semua ok”. kata ina yang seperti biasanya memegang note book dan pen hadir di muka pintu bilik. “hmm…job list ni ok..done..good job ina!”

“ok semua…jumpa minggu depan yer. selamat hari raya haji “. dan bermulalah acara bersalam-salaman..bermaaf-maafan…sesama kami. bab ni paling syahdu..hehe…ye lah kan kita ni satu ofis. kerja-kerja juga, terkadang tu takutlah kalau ada terkasar bahasa, tersalah tingkah laku atau menyinggung perasaan dengan tak disedari.

tapi kat ofis ni alhamdulillah..kami ibarat satu keluarga..takde gelaran cik puan atau puan sri..semua pakat panggil akak je..senang. di luar ofis bahang nak raya dah mula terasa. gerai jual lemang siap dengan khemah besarnya, batang-batang buluh dah tersusun rapi, kayu api dan tempat bakar lemang dah siap nampaknya tu.

sampai rumah. baju dah siap packing. angkut jer baju raya lepas..masih baru lagi kan. rumah pun dah clear..baik punya kemas malam tadi…hehe.  hubby dari tadi dok leka layan majalah motor traders. saya buat-buat lalu depan dia sambil bertanya manja.

“banggg, lepas maghrib balik kg ek?” saja je tanya tu walaupun dah janji memang nak balik time tu. “hmm..”. jawap cik abang. walaupun pendek jawapannya..takpe..yang penting malam ni balik jugak..horeyyyyyy..balik kampung den…huhuhu..

pukul 8 pagi sabtu. “adik, copek poe boli daging. orang mantai hari ni.. poe lah air mawang ko, joho ko. boli daging limo kilo, tulang ompek kilo…poe doreh. pilih daging yang cantik-cantik eh tu”. tu deh..mem bosar dah bagi order…ehehee.. dan dengan setianya saya takkan ingkar arahannya.

sejak arwah ayah uzur dan meninggal dunia pada 12 syawal tahun lalu..banyak urusan di kampung, saya yang uruskan. menjelang hari raya begini sayalah orang yang paling sibuk di rumah mak. bermula dari pagi ke pekan air mawang beli barang-barang dapur kemudian ke pasar johol, borong pulak barang-barang basah, balik je rumah terus buat persiapan bahan-bahan masak.

kalau apa yang mak nak tu takde di pekan, sepantas kilat saya akan ke pasar tampin atau kuala pilah pulak..semuanya kerana mak. akan saya usahakan mencarinya sampailah dapat.

mak suka masak rendang gunakan dapur kayu. wangi dan rendang bertambah sedap katanya. so, kenalah hidupkan dapur kayu api kat belakang rumah. mujur kayu getah sentiasa banyak kat belakang rumah tu, tak jadi masalah. takdelah skrip macam filem labu labi ~nak cari kayu…nak nak kayu~….hahaha…

sambil masak rendang tu kena pulak buat lagi satu tunku dapur kayu untuk rebus tulang..buat sup. haa ini menu wajib sama macam rendang!! kalau takde sup tulang mau histeria abang-abang besar…huhu..

sementara rendang dan sup tulang dimasak di luar, di dalam rumah satu periuk besar airnya tengah mendidih merebus nasi himpit nona, dihujung dapur bibik sibuk memerah santan, selepas tu tumbuk cili api untuk di buat gulai masak lomak cili api ikan parang gaul bacang.

tak ketinggalan menu tambahan asam pedas ikan tenggiri dan goreng ikan masin…sedang mak pula bertindak sebagai master chef jer..memberi arahan dan menjadi quality control..hehe..

bertungkus lumus kami bertiga di dapur memasak untuk santapan hampir 35 orang ahli keluarga kami. walaupun penat tapi dek kerana kemeriahan nak sambut raya haji. hilang semua tu…lewat petang barulah muncul abang-abang besar bersama keluarga memasing, juga kakakku yang seorang pun sampai jua dengan keluarganya.

alhamdulillah…sukanya hati mak. senyum meleret sampai ke pipi bila tengok anak cucunya dah balik..hilang sakit lutut dan sakit sendinya tu..hehehe..dan kebiasaannya pula kakak-kakak ipar akan membawa hidangan dari rumah mereka.. bertambah lagilah menu lauk malam tu.

rumah mak dah mula kecoh..anak buah berlari ke sana sini..usik mengusik. yang ketawa ketawalah dia, yang menangis meraung la pulak..hahaha..budak-budak.

mak seronok membelek cucu-cucu comelnya si baby aidi dan baby ashraf. dalam ramai-ramai anak buah tu ada pulak yang simpan stok mercun raya puasa lepas. hah! apalagi..berdentummmm..

selepas maghrib takbir raya mula bergema…Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Lailahaillallah…

*terdiam. sayu. hiba. terusik dengan setiap kemeriahan dan keriuhan. hati bagai dirembat untuk kembali ke saat itu…tersedar dari lamunan. rupanya saya ada di sini…doha, qatar..

ddmk: selamat hari raya aidiladha. salam kasih buat semuanya..

2 responses to “takanang juo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s