eid mubarak

eid mubarak!! itulah ucapan salam sempena hari raya aidilfitri atau aidiladha. walaupun dah masuk hari ke 4 aidiladha tapi stesen tv di sini masih meraikan hari yang mulia ni dengan menyajikan pelbagai program.

mengimbas malam raya lepas, kami ke city centre. ramainya orang. dipenuhi dengan expat. ramai expat yang menghabiskan masa bersantai di cafe dan restoren…ye lah kan..dok rumah pun buat tension jer sebab tak dapat balik raya..(macam kami la tu..ehehee..).

sementara di jalanan seakan satu pesta. puluhan warga qatar meronda dengan kenderaan besar mereka seperti land cruiser, hilux, bmw x5 dan apa jua jenis 4×4 yang ada sun roof (di sini arab panggil moon roof).

ada juga kereta yang membawa bendera qatar. maka berkibar megahlah bendera berwarna maroon dan putih tu bila ditiup angin. bunyi hon kereta silih berganti..agak bingit jugaklah dibuatnya. owhh..begini cara mereka meraikan malam menjelang raya kot..terasa jugaklah bahang meriahnya!

cuti sempena hari raya haji memang berbaloi. pekerja di sektor awam diberikan cuti 5 hari, sementara swasta cuti 3 hari. kebetulan tahun ni raya haji jatuhnya hari ahad. sedangkan hari jumaat dan sabtu memang cuti hujung minggu di sini. so tambah lagi raya ahad tu…kerajaan cuti seminggu! abang matt kita keja swasta..setelah campur cuti hujung minggu dapatlah cuti 5 hari.

dalam city center sale bagai nak mengikis poket kita…semua kedai memberi diskaun diantara 50%-70%!! mau gelora mata tengok kasut & handbag branded yang sebelumnya berharga qr300 ke qr400 turun sehingga qr150.

baju-baju kasual ataupun yang santai di Debenhams pun turun harga dari kebiasaannya qr 250 ke qr100! …amboi..hebat betul strategi arab ni kan. memang diaorang nak kita spend duit time raya ni. dan setelah melihat beberapa barang, nak tak nak terbeli jugaklah satu dua..ehh tiga..empat kot..hehe..

seperti biasanya juga..bila dah penat berjalan dan perut pun dah lapar kenalah cari apa yang berkenan nak dimakan. kali ni pilihan makan di food court.

kami order spicy fish & kaiza kebab. kaiza kebab ni…kami tak penah makan. sekali dapat hidangan bertutup dgn roti. rotinya punyalah besar dan baru masak..aromanya..aduhh..membuka selera. saiz sekeping roti tu ibarat kertas A3!..diberinya 2 keping..konpom ni memang tak leh abis. spicy fish tu pulak tak sangka dapat 2 ekor ikan..ingat kan sekor.

dannn..menu yang kita order tu, akan ditambahnya lagi dengan semangkuk kecil salad serta nasi arab..aduhh..sedaplah! makan masa panas-panas.. yang warna kuning dalam pinggan nasi tu bukan mentega..tapi nasi saffron. digaul dengan nasi putih ..dan rasanya?…boleh dimakan begitu saja..sedappp.

rupa-rupanya dibawah roti tu ada lagi makanan! ada 6 ketul kebab ayam, jeruk sayur, lemon, tomato, bawang & kentang goreng.. hmmm..kena abiskan nih..rugi la kalau tak abis..

alhamdulillah..syukur dengan rezeki Allah swt. dah makan…dah kenyang…jom balikkk..

ddmk: syahdunya malam raya..teringat kat lemang & rendang..sup tulang..adehh!

4 responses to “eid mubarak

  1. eh..compius ni kak..akak msh kt Qatar ke dh blk msia? bca entry sblm ni mcm raya kt msia. ni raya kt sna plak.hehe. akak mmg dh move pindah dok sna ke? ke tgh bercuti-cutian? cmne life kt sna?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s