rugi dimansuhkan ppsmi

saya membaca suratkhabar utusan malaysia minggu lepas berkenaan isu Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2016 bagi sekolah rendah dan 2021 bagi sekolah menengah telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. *dan kerana itu..saya cukup terkilan.

sementara beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik keputusan kerajaan mengekalkan pemansuhan PPSMI  yang dilihat sebagai sangat tepat. *dan dengan yang demikian..saya kecewa.

keputusan pemansuhan tersebut sekali gus mengekalkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI yang telah dibuat pada 2009 semasa perbentangan di dewan rakyat oleh Tan Sri Muhyiddin. beliau berkata, keputusan dibuat setelah kerajaan mengambil kira hasil kajian yang dijalankan bahawa sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa dalam proses pembelajaran dua subjek itu…ada bahasa inggeris dan bahasa melayu. kebanyakan pelajar menjawab soalan didalam bahasa melayu. *kenapa adik-adik tak nak mencuba?

apatah lagi didapati hanya  lima hingga tujuh peratus sahaja kelas yang menggunakan sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. *wahai cikgu-cikgu, mengapa?

saya menyokong tindakan berani Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa agar diberikan kuasa autonomi kepada pihak pengurusan sekolah untuk memilih PPSMI. ini kerana berdasarkan kajian mereka bahawa sebahagian besar guru dan ibu bapa mengharapkan agar PPSMI dilaksanakan semula. *ya!! seharusnya begitu!

isu PPSMI ini sebenarnya dekat dihati saya. benar, saya bukanlah ahli akademik..juga masih belum mempunyai anak di bangku sekolah dan tidak merasa perit jerihnya mengajar anak-anak di rumah. tapi saya tahu kewajaran PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah sangat tepat.

dalam era globalisasi, rakyat Malaysia perlu mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini bagi mencapai kemajuan. kebanyakan rujukan bahan-bahan pembelajaran seperti buku, internet dan lain-lain penerbitan, bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris. sumber ilmu yang berada dipasaran dunia kebanyakannya berbahasa Inggeris.

sesiapa yang mahir menguasai Bahasa Inggeris merupakan insan yang dapat bersaing di pasaran dunia serta mampu memperoleh ilmu dengan cemerlang.

baiklah..tak payahlah jika tak nak anak-anak kita memperolehi ilmu dengan cemerlang dan tak perlulah dia bercita-cita menjadi ilmuan.

tapi sekurang-kurangnya..mahirkanlah dia dalam bahasa ini. ingin saya kongsikan kehidupan di qatar. sewaktu mula-mula menjejakkan kaki di sini, saya terbayangkan warga arab lelaki dan perempuan akan berada di mana-mana. seperti di malaysia..jumpa di bank, restoren, hotel, kedai dan lain-lain tempat.

namun tidak!! bangsa arab hanya menjadi tuan di sini!. iya, benar!. kenyataan. saya tak jumpa seorang pun bangsa arab yang hidangkan teh di restoren, juga tak ada wanita arab yang menjadi salesgirl! apatah lagi lelaki arab yang menyapu lantai. jika di shopping mall mereka hanya bersiar-siar santai, sambil duduk bersembang sesama mereka. ada yang sibuk membeli belah. jika di pejabat mereka adalah majikan atau paling tidak pun mereka adalah bos kita!

di sini bangsa india merupakan pekerja paling ramai dalam pelbagai sektor. seperti hotel, peruncitan, pembinaan dan profesional (doktor, peguam, jurutera & arkitek). bilangannya hampir setengah juta orang  (500,000). dan ianya makin bertambah setiap hari. pergilah ke segenap pelosok pasti mereka ada di mana-mana.

bangsa filipina pula adalah golongan pekerja ke dua terbesar yang menghantar hampir 300,000 orang warganya ke qatar untuk mencari rezeki. di sini ada 44 pertubuhan filipina, 4 buah sekolah khas untuk anak-anak mereka, 5 buah gereja dan macam -macam lagi kemudahan yang sangat selesa. kerajaannya menyokong penuh rakyat mereka berhijrah.

sebab itulah di Qatar, Bahrain, Abu Dhabi dan Dubai walau ke mana kita pergi…pekerja di carefour, hotel, restoren, cafe, hospital, salesman, salesgirl, pengawal keselamatan, pemandu teksi…semuanya dimonopoli oleh orang filipina. sementara bangsa india, pakistan, bangladesh banyak di sektor pembinaan, servis dan peruncitan.

persamaan diantara mereka sangat jelas. BAHASA. iya. AKURLAH…kerana boleh berbahasa inggerislah mereka merantau. kerana fasih berbahasa omputeh inilah mereka hidup senang, kaya raya di sini..malah ada yang berjaya dan hidup mewah. dan pastinya mereka tak lupa kepada bahasa ibunda.

dalam melaksanakan sesuatu dasar, masa perlu diambil bagi melihat kejayaannya. tidak ada satu dasar atau kempen yang dilaksanakan mencapai kejayaan dalam masa yang singkat. kejayaan negara-negara besar seperti Rusia, Jerman, Jepun dan Eropah menjadi gergasi dalam bidang teknologi juga mengambil masa yang agak lama untuk berjaya.

namun sayangnya, di Malaysia ada segelintir orang dan ngo-ngo seolah melatah bila PPSMI ini dilaksanakan. ianya ditentang habis-habisan. mereka ini merasakan negara akan kehilangan identiti jika pelaksanaan dasar ini berterusan.

sedangkan menurut Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAMPEN) dan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) mengakui bahawa negara kita memerlukan puluhan ribu saintis, jurutera dan pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk memajukan negara kita ke arah Negara Maju pada tahun 2020.

untuk itu kita mesti menyediakan pelajar-pelajar ini sejak dari awal. supaya tidaklah nanti kita masih mengimport doktor pakar, jurutera, pakar it waima guru bahasa inggeris sekali pun seperti yang berlaku sekarang ini.

terkini, bahasa inggeris dicadangkan untuk menjadi mata pelajaran wajib lulus. bagaimanalah nanti agaknya reaksi mereka yang menolak PPSMI. jika cadangan ini juga ditentang. renungkanlah akibatnya. betapa ruginya anak-anak kita masih berada di takuk lama.

hmmm…apalah yang boleh saya katakan lagi. marilah. hadirlah di sini..dan lihatlah betapa kemahiran berbahasa inggeris satu keperluan yang sangat menguntungkan.

ddmk: kalaulah saya menteri pelajaran…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s