jangan ada yang tinggal!

minggu pertama di sini digunakan sepenuhnya untuk melepas rindu kat mak….hehehe. dok kampung seminggu. pagi-pagi mendengar kicauan burung, malam-malam terdengar bunyi cengkerik. masa seolah lambat jer berjalan…hmmm…seronok! mak pulak akan masak lauk-lauk yang biasa baginya. sambal goreng, ikan masak lemak cili api, tumis sayur kangkung.

tapi bagi saya superb! maklumlah dah lama tak rasa air tangan mak. semasa nak balik ke ampang di minggu kedua, mak pulak nak ikut…ok ajer….jomm. sekali lagi bersama mak, tapi kali ni di rumah saya.

dan sekarang nak masuk minggu ke tiga. mak pun dah pulang ke kampung semula. kini saya  tengah sibuk mengemas rumah. dari ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air dan pasu-pasu bunga di balkoni. mana-mana yang tak diperlukan tu abis dibuang. selongkar punya selongkar….rupa-rupanya banyak jugak yang tersimpan..tersorok..termalas nak buang selama ini…hehe..nak buat collection la kononnya.

terutama buah tangan yang kecik-kecik dan comel yang kita dapat kat rumah orang kahwin tu. lom lagi botol-botol shampoo dan sabun dari hotel, bekas-bekas plastik makanan yang sayang nak buang sebab boleh recycle balik bila tapau makanan bagi kat jiran.

resit, bil, katalog, majalah, surat khabar, surat hutang, bunga-bunga hiasan dalam rumah yang dah pudar tapi masih disimpan bertahun-tahun. aduhaiiii….dah 2 hari dok kemas rumah ni. mana yang penting saja disimpan.

yang lain tu..no more collection dah. bukan sebeban barang-barang yang dibuang…rasanya…berbeban beban…hahahaha…dah macam orang nak pindah rumah dah dibuatnya.

sebenarnya bukan sengaja mengemas rumah…tapi terpaksa. kerana selepas ni saya akan berpindah terus ke doha. akan tinggallah rumah dalam tempoh yang agak lama. sebab tu kena kemas bagi bersih, teratur dan barang-barang yang tinggal tak jadi perangkap abuk.

hmmm….sayangnya nak tinggalkan rumah ni…dah 10 tahun jadi tempat berteduh dari panas dan hujan. dah 2 kali buat make over. tapi apa nak buat. nak tak nak terpaksa pergi jugak.

 

ddmk: kalaulah boleh nak angkut rumah ni ke doha…ehehh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s