erkss…sorry yer!

9hb disember 2011: luahan rasa abe matt

16 miss call dipandang sepi, 4 sms tak berjawab, 2 mesej di facebook tak dibalas…kenapa? hmmm…mana ni sayang oiii…ya Allah..mana ni???????

sejam setengah cari dia. call dia sejak pukul 11.00 malam tadi sampailah pukul 12.30 malam. call handphone berbelas-belas kali tak jawab..call rumah berpuluh-puluh kali tak angkat…mana ni??? jangan buat orang risau la….

mata bertambah berat. seakan nak saja menongkat kelopak mata dengan mancis macam cerita kartun tu. tak larat dah…. menguap pun sampai berlinang airmata menahan ngantuk. tapi dia tetap tak balas call, tak jawab sms. dalam menahan ngantuk hati bertambah gelisah.

ya Allah..Kau lindungilah dia dari segala bala bencana.. Kau peliharakanlah dia dari segala mara bahaya. janganlah ada perkara buruk yang menimpa dirinya. apalah lagi yang boleh ku berharap sedangkan kejauhan ini menjadi penghalang antara aku dan dirinya..hanya pada Mu jualah ku memohon…amin.

hmmm..dah pukul 1 pagi. cubalah call lagi. argggghhhhh…tak jawap jugak!! jiwa bertambah kacau la. runsing aku dah ni. handphone tak lekang dalam genggaman. manalah tau kalau dia balas call…bolehlah cepat-cepat jawap.

malas pulak nak masuk dalam bilik tido. baring sajalah di sofa ni sambil tengok tv. tapi sebenarnya hanya mata yang kononnya menonton tv…tapi dalam hati rasa macam nak pecah memikirkan dia yang tiba-tiba ‘hilang’.

2 hari yang lepas aku sibuk..terlalu sibuk sampai nak lunch pun tak sempat. dateline bertubi-tubi minta dibereskan. penat badan tak seberapa tapi otak ni yang penat. bila sampai je rumah dah tak ingat apa dah..yang aku nampak hanya bantal yang gebu. orang mengantuk disorong bantal..hmm apalagi..tido..pengsan terus sampai ke subuh. mungkin kerana itu kah? dia marah dan merajuk sebab aku takda langsung call dan sms dia macam biasa.

aduhaiiiiiii….masa berlalu. sedetik, seminit, sejam. huh….ini tak boleh jadi. kalau berterusan macam ni, esok dia tak jawab gak phone siaplah!….akan ku tempah flight balik malaysia. biarlah menempuh perjalanan selama 7 jam 30 minit, kalau ada jet kat airport doha tu akan ku beli tiketnya walaupun abis sebulan gaji! yang penting aku harus segera balik ke rumah.

biarlah aku balik hari je ke malaysia tu, kalau dapat sampai rumah pagi esok dapatlah jumpa bini aku. then malam tu jugak balik semula ke doha…akan ku lakukan. semua ni gara-gara dia tak jawap phone!

 

10hb disember 2011: rupa-rupanya…

alamakkkk….banyaknya miss call. ishh..ishh….sms pun ada ni. owhhh…kesiannya! cepat-cepat saya balas sms abe matt tu. beginilah bunyinya:- salam. maaflah bukan sengaja tak nak jawap call abang, tapi sebenarnya saya tido awal malam tadi. abang kan tahu saya ni kalau dah tido memang tido mati. erkss….sorry yer!

 

ddmk: sian my hubby..relaxlah abe..jangan cepat panik…eheee…

2 responses to “erkss…sorry yer!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s