koleksi: nostalgia dulu-dulu

duhulu masa sekolah rendah menjadi soalan lazim cikgu akan bertanya cita-cita kita. ‘nanti bila dah besar kamu nak jadi apa?‘ dan ini pun soalan biasa ditanya  ‘apa hobi kamu?’.

kenalah memikir apa nak menjawabnya. bab hobi ni masa tu fikir apa yang kita suka buat jer..maklumlah budak kecik lagi. so jawablah kat cikgu hobi main congkak. ada yang jawap main bola jaring dan kalau budak lelaki pulak hobinya suka main bola sepak, takraw dan panjat pokok manggis…hahaha….

tapi dek kerana soalan cikgu tu jugalah mulai darjah 5 ianya telah memberikan saya satu idea untuk mempunyai hobi yang sebenarnya, bukan setakat apa yang kita suka main tapi sesuatu yang lebih serius. jadi saya memilih hobi mengumpul setem. waktu tu mulalah gunting semua setem kat sampul surat yang ayah dapat dan setem tu akan disimpan dalam sampul surat..(kesiannya…takde duit)

apabila along tau hobi saya tu, dia sangat menyokong. sejak tu bila balik dari kL jer berpuluh-puluh poskad along bawak balik yang mana banyak setem kat poskad tu. along bekerja di rtm,  rtm pada zaman tu selalu buat soalan-soalan kuiz di tv dan jawapannya kenalah di pos kan melalui poskad.

mana-mana poskad yang reject tu..itulah yang dibawa balik ke kampung. fuhhhhh..mulai saat tu hobi saya bertambah rancak. dah tak gunting setem dah, tapi saya diajar poskad mesti direndam dalam air, setem akan mudah ditanggalkan. along juga belikan saya sebuah album untuk simpan semua setem. tak la simpan dalam sampul surat lagi…hehehe..

sehingga darjah 6, saya dah mengumpul 2-3 buah album penuh dengan setem. cantik-cantik belaka setem tu. bukan setakat gambar bendera setiap negeri dari perlis sampailah ke sabah, tapi ada yang gambar bunga raya dan orkid, gambar binatang seperti tapir dan burung, ada juga gambar buah-buahan seperti rambutan, manggis dan durian.

tambah seronok bila tunjuk kat kawan-kawan..dapatlah berkongsi kegembiraan. tapi bila masuk ke tingkatan 1, disebabkan dah mula dikelilingi homework yang banyak, hobi tu telah saya tinggalkan. dan sayangnya….sehingga kini saya tak tau dah di mana saya simpan album-album tu….aduhhhh sayangnya!!!

apabila dewasa dan tengah hangat bercinta dengan abe matt, dia belikan saya susu dutchlady perisa strawberi. entah kenapa tiba-tiba saya mula menyimpan botol tu sebagai kenangan walaupun dah abis minum ..terasa sayang pulak nak buang! eheh..

inilah dia botolnya yang masih saya simpan hingga kini….nostalgia nih!!

sejak tu..bermulalah kembali suatu ‘kegilaan’ yang dah lama ditinggalkan. apa saja yang dirasakan penting dan akan meninggalkan kenangan akan saya simpan.

tiket tengok wayang, hantaran bertunang, hantaran kahwin, resit beli barang-barang persiapan kahwin, kad ucapan tahniah perkahwinan, poskad, sampul surat, pen dari hotel, termasuk botol-botol shampoo dan sabun kecik hotel tu, buah tangan dari rumah pengantin, lilin kek birthday, kotak hadiah birthday…perghhhhhh..banyak betul nak kena sebut nih..

apabila melancong ke langkawi, pulau pinang, kelantan, terengganu, johor dan melaka pula saya simpan resit dari a sampai z apa yang saya belanjakan! tiket naik cable car di langkawi, resit beli hadiah di pulau pinang, tiket masuk zoo melaka waima resit tol sekalipun saya simpan sebagi buktinya saya telah berada disitu. haaaaa…..terbuat kat orang lain tak ni?

tapi semasa kemaskan rumah bulan lepas, seperti entry jangan ada yang tinggal..banyak koleksi yang telah dibuang. sebab terlalu banyak sangat dah. almaklumlah hampir 12 tahun semua tu disimpan, sejak zaman anak dara sampailah dah jadi mak dara. jadi hanya inilah saja yang tinggal sekarang. ianya akan disimpan buat selama-lamanya.

buah tangan dari kenduri kahwin keluarga

hantaran tunang tahun 2000 & hantaran kahwin 2001.bekas cincin, bekas bunga rampai, bekas duit dan kotak make-up.

kad ucapan hadiah kahwin 15hb september 2001..ini je yang jumpa..

lilin kek birthday dan hadiah birthday dari abang matt

teddy bear ni dapat pada tahun 1995…masih cantik gebu…hehe…

ddmk: kalaulah boleh ku undurkan masa..

2 responses to “koleksi: nostalgia dulu-dulu

  1. eheeee namanya pon kenangan T, mana leh ada depan mata eheeeee. yang dah lepas tu jadikan kenangan. yang ada sekarang itulah kenyataan dan yang akan datang hanya Allah yang menentukan….

    ehhh dulu aku pon suka kumpul setem nie.. tapi manatah g nyer buku tu.😦

  2. kenangan sangat manis bila dikenang. tapi bab yg manis saja la….bab kenangan kurang nak berapa manis tu…sayu jer bila terkenang…hehehe.

    tu la kan..puas dah aku cari album2 tu..tak jumpa2 gak..hmmmmm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s