kembali ke doha

as salam semuaaaaa….wahhhhhh…..lama betul saya tak menulis di blog!! rindu dah ni…

kepada semua kaum keluarga, sahabat dan kenalan sebenarnya saya tak pernah lupa nak update tentang perkara menarik yang berlaku disepanjang tahun ni, cuma mood menulis belum ‘sampai’…hehe. tapi sejak last entry 25hb jan tu, banyak dah bahan dikumpul untuk dikongsikan bersama. so..tungguuuu…saya akan update satu per satu ok..

setelah hampir 3 bulan ‘berehat’ di tanahair…..tiba-tiba…..abe matt menjemput untuk pulang ke qatar..katanya..“sudah-sudahlah tu..meh la balik”…adehhhh..bolehkan buat-buat lupa pulak nak balik yer.. tak sangka kan, masa berlalu begitu cepat. asalnya ‘cuti’ saya tu abe matt hanya approved 1 bulan jer…but at the end boleh terlajak sampai 3 bulan!

bukan lupa pada tanggungjawap, tapi faham-faham sajalah kan. apabila hari-hari kita dikelilingi abang, kakak, anak buah, teman malah emak tersayang, jiwa rasa bahagia..terubat rindu. barulah tahu penangan hidup berjauhan dengan keluarga nih!..haha

hebatnya negara orang, negara kita tiada tandingnya. gahnya bercerita tentang langit di sini..awan di sana apa kurangnya. walaupun selepas ini saya akan banyak menulis tentang doha, tapi semestinya malaysia tetap dihati. sudah ditentukan Allah swt rezeki kami tersambung di sini, jadi cerita ini harus diteruskan. apatah lagi buat keluarga yang sentiasa ingin mengikuti perkembangan dan pengalaman..inilah mediumnya.

sebelum saya ‘selongkar’ apa yang ada kat qatar, lihatlah gambar ni dulu. pemandangan ibu kota doha…bandaraya yang sedang berkembang pesat dengan pembinaan bangunan baru. ikon ini menjadi kebanggaan rakyatnya.

doha terletak di tepi laut…cantik dan bersih. tak jauh dari rumah kalau nak lepak kat tepi laut ni..5 minit jer dah sampai.

yang ni pula bangunan yang tersergam dalam ibu kotanya.

kurma?? ianya ada di mana-mana. menjadi lanskap wajib, baik di tepi jalan atau dalam shopping kompleks…kurma saja!

ddmk: dalam rumah pun ada kurma! abe matt kata ikut pesan nabi..hehe

2 responses to “kembali ke doha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s