kenali Qatar

~ Negara Qatar atau dalam bahasa Arab Dawlat Qatar adalah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di timur laut Semenanjung Tanah Arab.

~ Selain Qatar yang berada di Semenanjung Arab, negara jirannya ialah Bahrain, Kuwait, Oman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Yaman.

~ Doha adalah ibu negara Qatar. Merupakan bandar terbesar di Qatar dan menjadi pusat kegiatan ekonomi yang penting sejak tahun 1916. Lebih 80% populasi penduduknya tinggal di Doha.

~ Pernah dijajah oleh pihak inggeris yang menguasai Qatar sebagai tempat transit kapal dagang yang menuju ke India.  Menjadi negara yang merdeka pada 3hb September 1971. Namun 18hb Disember telah dipilih sebagai tarikh untuk meraikan kemerdekaan negaranya.

~ As Salam al Emiri adalah lagu kebangsaan Qatar yang diperkenalkan pada 7hb Disember 1996 sewaktu penabalan  Emir Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani. Nak dengar lagu kebangsaan Qatar?  klik ‘disini’.

~ Negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Monarki iaitu Sistem Beraja dengan gelaran Emir. Emir merupakan satu jawatan atau pangkat tertinggi yang memerintah Qatar.

~ Sheikh Muhammad bin Thani adalah anggota dinasti Al-Thani yang mengasaskan Qatar pada tahun 1868. Keluarga Al- Thani mempunyai susur galur keturunan bani Tammin. Sejak 1868 hinggalah sekarang negara ini diperintah oleh keluarga Al-Thani. Keturunan yang sangat berpengaruh, bos abe matt juga dari keluarga Al- Thani…tu yang kena buat keja betul-betul…zero mistake ok!

~ Penduduk Qatar tidak ramai, pada tahun 2010 dianggarkan jumlah kesemua penduduk  Qatar seramai 1,670, 389 orang, dengan 1,270,968 lelaki dan 399,421 perempuan. ramai lelaki dari perempuan yer..so, kaum wanita sangat-sangat dihargai di sini..sangat dihargai dan dihormati.

~ Warna kemegahan bendera Qatar ialah putih dan maroon.

~ Beza waktu dengan negara kita ialah -5 jam (kurang 5 jam dari waktu di malaysia)

~ Pernah menjadi tuan rumah Sukan Asia tahun 2006.

~ Matawang yang digunakan ialah Qatar Riyal (QAR). Untuk pengetahun semua, buat masa ini nilai matawang kita lebih tinggi. RM 84.00 = QAR 100.00.

~ Terdapat 2 musim di sini. Musim panas yang bermula pada bulan April hingga Oktober. Suhu diantara 38-45 darjah celcius dan boleh mencapai hingga 50 darjah celcius…pergghhh..dah rasa dah..panas tu… Sementara musim sejuk pula bermula bulan November hinggalah Mac. Suhunya 13-23 darjah celcius..dan pernah mencecah antara 5-10 darjah celcius. sejukkkkk…ni pun dah rasa dah..pakai baju 3 lapis.

~ Pada tahun 2010 Qatar menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00. Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.40% paling tinggi di dunia. Tahun lepas juga kerajaannya telah memberi ‘hadiah’ berupa kenaikan gaji antara 60% sehingga 200% kepada setiap pekerja di sektor awam.

~ Disebabkan menjadi negara terkaya di dunia dan kenaikkan gaji yang sungguh luar biasa, tak dapat dinafikan taraf hidup juga meningkat dengan mendadak. Qatar mengungguli senarai negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi…mengatasi jepun, united states atau london..adoiyaiii…kena berjimatlah nampaknya ni..

~ Pada 2hb Disember 2010, Qatar telah dipilih sebagai penganjur Piala Dunia FIFA 2022..kejohanan bola sepak terulung! ia akan dilangsungkan buat pertama kalinya di Timur Tengah. Walaupun temasya ini akan menjelma 10 tahun lagi, tapi segala kemudahan untuk menyambutnya sedang giat dijalankan. Lapangan terbang baru dan stadium rasmi yang bernilai berbillion dollar tengah rancak dalam pembinaan…kepada sesiapa peminat tegar World Cup boleh simpan duit mulai sekarang..kita jumpa di sini..🙂

ddmk: gambar dari koleksi penulis, info dari wikipedia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s