mimpi anak ayam

anak ayam cute sebelah adiknya

comelnya anak ayam ni…putih dan kuning bulunya…lincahnya sama macam anak ayam yang lain. saya ambil dengan perlahan dan letak kat dada..wah..wah..dia nak turun pulak! ok..takpe…dengan lembut juga saya letakkan dia kembali ke tanah. dengan pantas dia berlari ke arah anak ayam yang seusia dengannya. 

pergilah..pergi main dengan anak ayam yang lain. saya memandangnya dengan hati yang penuh rasa gembira.

# tafsiran mimpi: apabila mimpi memelihara anak ayam ertinya anda jangan risau atau gelisah dengan rezeki yang anda miliki sekarang.

~ alhamdulillah…syukur dengan nikmat kurniaan rezekiMu ya Rab.

tapi mimpi ayam banyak maknanya, setiap perkara berbeza maksudnya. contoh seperti dibawah ni saya perolehi daripada tafsiran mimpi menurut islam.

1. Jika anda bermimpi melihat ayam terbang ke pohon menandakan anda akan menerima wang.

2. Mimpi melihat ayam betina mengeram alamat akan mendapat kebaikan.

3. Mimpi melihat ayam sedang bertelur, alamatnya anda akan mendapat untung.

4. Mimpi membeli atau mendapat ayam jantan bermakna anda akan mendapat anak lelaki. jika ayam betina akan mendapat anak perempuan.

5. Mimpi ayam anda dicuri orang maksudnya akan bersedih hati.

6. Mimpi memelihara anak ayam ertinya anda jangan risau, gelisah resah dengan rezeki sekarang.

7. Mimpi memberi makan kepada ayam maknanya pekerjaan anda akan bertambah maju dan sukses segala yang dicita-citakan.

8. Mimpi nampak banyak ayam bererti anda merasa seronok dan puas didalam kehidupan ini.

9. Mimpi menyembelih ayam dan memakan dagingnya bermaksud anda akan mendapat kebajikan.

10.Mimpi menyembelih ayam yang banyak maknanya akan menjadi orang yang mulia.

11. Mimpi kehilangan ayam, sama ada dicuri atau disembelih orang lain bererti akan kehilangan ahli keluarga yang meninggal dunia.

12..Mimpi ayam betina bertukar menjadi ayam jantan menandakan anda akan mempunyai anak lelaki yang tulus dan selamat di kemudian hari.

13. Mimpi melihat banyak ayam di bawah rumah atau dalam kampung maksudnya anda akan mendapat orang gaji atau hamba yang baik.

14. Mimpi bermain telor ayam bererti anda akan berkawan dengan orang-orang jahat.

15. Mimpi makan telor ayam alamat anda akan beroleh keuntungan.

 

# nota : mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur sahaja atau mimpi yang benar-benar memberi petunjuk. setiap perkara yang berlaku terserah kepada Qada dan Qadar Allah swt.

ddmk: layan lagu> ayam den lapeh best gak…heheee

2 responses to “mimpi anak ayam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s