sebiru air laut..

hari ni abe matt bawak saya ke Sealine yang terletak di Mesaieed…satu tempat perkelahan di tepi laut…eeee…best tu! lagipun dah selalu tengok view laut di Corniche, best gak kan dapat tengok laut dari arah yang berbeza. selepas lunch kami bergerak dari doha ke Mesaieed yang mengambil masa dalam 1 jam.

semakin jauh meninggalkan doha..semakin dekat pula kami dengan padang pasir. seronok pulak layan view padang pasir ni…highwaynya yang lurus dan takde bukit bukau. kiri dan kanan ..depan dan belakang lapang jer…saujana mata memandang tuuu… dari jauh kelihatan beberapa khemah yang saya rasa itu adalah rumah masyarakat badwi yang masih tidak mahu berhijrah ke kota. tapi bukan sebarang khemah tau..jangan pulak bayangkan khemah tradisi arab macam kita tengok di tv yer…

khemahnya berbentuk bulat berwarna putih…sangat besar..dan ada 2 ke 3 buah khemah dalam satu kawasan yang berpagar batu.  mungkin dalam satu kawasan berpagar tu adalah satu keluarga yang tinggal di situ.. tapi sayangnya saya tak dapat ambil gambar sebab khemah tu terlalu jauh dari highway laa…..dan abe matt pulak terlupa nak bawak lense long shoot.

tetapi….sempat ambik gambar ni…haaaa….unta melintas?

 

sejauh mana kita pergi….kita tetap dibumi Allah swt…

 

jika di tempat kita highway meriah dengan papantanda gergasi…dengan pelbagai iklan betul tak? ..dari iklan kopi 434 sampailah ke iklan biskut julie’s, tak termasuk lagi iklan maya karin minum innershine, lisa surihani bersinar muka dengan garnier dan mawi makan ayam marrybrown….heeeee..

di sini takde sebarang iklan komersial pun. yang ada hanya gambar ni….insaf-insaflah sapa suka pecut laju tu…huhu

 

setelah melalui highway padang pasir, kami pun sampai di kawasan bandar. barulah jumpa dengan pokok kurma dan pokok bunga.

 

salah satu masjid di Mesaieed.

 

Mesaieed adalah sebuah bandar industri. saya bayangkan maksudnya industri seperti kawasan perkilangan di pulau pinang, nilai atau johor bahru. tapi rupa-rupanya….ia adalah kawasan memproses minyak dan gas! syarikat terbesar pengeluar minyak & gas iaitu Qatar Petroleum ada di sini. dannn…semasa melalui kawasan industri ni ada banyak papantanda WARNING…kiri dan kanan jalan bagi amaran yang sama. bukan warning tak bagi masuk…tapi warning tak boleh ambik gambar!! dilarang sama sekali!

isu telaga minyak sangat sensitif di negara teluk. lihatlah apa dah jadi dengan iraq dan libya. setelah bertukar kepimpinan…siapa yang menguasai emas hitam mereka? sebab tu lah larangan mengambil gambar dibuat di sini. mereka menjaga kerahsiaan selok belok kawasan tu.

dalam 15 minit jugaklah baru abis melalui kawasan industri. hmmm..bayangkanlah luasnya kan. namun untuk tak menghampakan semua nak melihat kilang terbesar pengeluar minyak di qatar.. saya copy paste gambar ni…so..tak salah kan..heeee

 

akhirnya sampai juga Sealine…lautnya yang biru seluas langit terbentang luas..angin laut yang segar dan sejuk bertiup lembut menyapa kedatangan kami. owhh…bestnya bersantai di pasir yang halus ni. te..te..te..taa..piii….kan….kami hanya nampak laut yang biru itu dalam jarak 300 meter saja…inilah lautnya.

 

kenapa nampak dari jauh? hmmmmm…sebabnya……. abe matt dah lupa jalan masuk ke situ hahahaaadoiyaiiiiiiiii……🙂

 

ddmk: apo nak dikato….hik.hik.hik

2 responses to “sebiru air laut..

  1. hahahahahaha kelakar la korang nie… tak bawa GPS ke weiii. takpe2 leh g lain kali kan. ehh T, kalo g sana mahal tak cost dia? accomodation sume tu? mcm bestt je tempat ko nie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s