layan lap di gurun…

berkaitan entry sebiru air laut, tentu ada yang berkata macam ni “takkan lah tak boleh tanya orang kat mana jalan masuk?” buat penat datang dari jauh…bak kata eda my best friend pulak “takde gps ke?”….hehee…

sebenarnya walaupun di Sealine kami tak sampai ke tepian pantai tapi kunjungan ke situ tidaklah sia-sia. ada cerita yang nak dikongsikan ni.

sebelum tu kita baca dulu sedikit info tentang Mesaieed :

~ mesaieed adalah sebuah bandar industri yang diuruskan oleh Mesaieed Industrial City anak syarikat Qatar Petroleum.

~ semua industri minyak & gas yang tertumpu di bandar ini membentuk teras industri Qatar.

~ mula ditubuhkan pada tahun 1949 sebagai terminal kapal tangki oleh Qatar Petroleum di atas tapak yang sebelumnya tidak didiami di sepanjang pantai.

~ padang pasirnya di Sealine adalah antara yang tercantik di Qatar dan telah menjadi venue pertandingan endurance semasa Sukan Asia 2006.

~ sebuah stadium berkapasiti 18,000 orang akan dibina untuk persediaan Piala Dunia 2022.

akhirnya perjalanan kami terhenti di penghujung jalan di Sealine. ada beberapa pelancong yang sibuk bergambar di tepi padang pasir. dari dalam kereta saya tengok macam takde apa yang menarik pun…sekadar padang pasir yang kosong.

abe matt ajak keluar dari kereta. dah alang-alang sampai kan. but then…wow weeeeee…no wonder la pelancong tadi beriya-iya berphoto bagai..bukan sebarang padang pasir! memang cantik tempat tu. terpesona dengan pemandangannya, seperti tiada sempadan langsung….langit dan bumi seolah bersatu. pasirnya yang halus mulus…bayunya yang lembut, tatkala menghela nafas terasa udaranya segar kerana terletak berhampiran laut. hmmm…sangat nyaman..aman dan menenangkan perasaan…

 

rupanya ada sesuatu yang menarik di sini. ada satu nadi pelancongan bagi sesiapa yang meminati percutian yang lebih adventure. nak meronda di padang pasir dengan 4 wheel drive? atv? atau hanya nak meredah gurun dengan unta? haaaa best tu….pilih..pilih!

ada berani nak bakar adrenalin?

 

deretan atv untuk disewa…

 

mana satu ana punya unta?

Sealine merupakan ikon percutian yang terkenal kepada pelancong yang nak merasa suasana padang pasir dan melalui kawasan gurun. sekarang adalah masanya yang paling sesuai..penghujung musim sejuk. suhu antara 17 ke 20 darjah celcius.

tempat ni juga menjadi pilihan rasmi untuk acara marathon rally bagi kenderaan 4 wheel drive, motorcross, buggy car, endurance serta triathlon. bagi penduduk tempatan pula, di sinilah tempat melepas gian layan lap. persatuan ‘kaki kereta’ seperti chevolet, hummer dan toyota land cruiser juga selalu berkumpul sambil menunjukkan kehebatan jentera masing-masing.

istilah  ‘layan lap’ di Sealine jauh bezanya dengan yang biasa kita fahami. bukan layan corner yang berliku atau bawak motor sampai nak cecah lutut tu….tapi di sini mereka akan mencabar diri sendiri dengan buat macam ni…..sila klik ‘disini’.

ngeri jer tengok kan? memang aktiviti yang bahaya. kalau tak cukup berani..tak payahlah nak cuba-cuba buat. tambahan pulak kalau takde skill dan kenderaan yang sesuai. tapi itulah hobi pemuda qatar. anak orang kaya yang drive tu, kalau accident..kereta hancur takpe, boleh beli baru, jangan badan yang merana sudah la kan..hehe.. ini lagi satu video best. cuba tengok ‘disini’.

 

ddmk: abe matt….bila ente nak pigi 2nd trip daaa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s