caravan

semasa di tanahair selama 3 bulan yang lepas …selalu juga ber ‘skype’ dengan abe matt dan asal ditanya saja dah makan ke belum.. dia akan jawab “dah makan di caravan”. boleh dikatakan dalam sebulan, 2 ke 3 kali juga dia makan malam di restoren yang bernama caravan ni. tapi dia tak bersantap berseorangan kerana biasanya dia akan bersama bos lamanya mr. bala yang turut bekerja di doha. mr. bala adalah sahabat rapat kami di qatar.

dan malam tadi dah menjadi rezeki saya….merasalah makan di situ. jom kita tengok apa yang bestnya caravan ni.

dinner jusf for two…

 

1st plate…macaroni and cheese plus salad. tak pernah kita makan macaroni cheese ada campur nenas..so makan banyak pun ok jer..tak loya pun..erkkss..makan banyak?

 

2nd plate…makanan yang bergoreng pulak…awas panas!

 

makanan wajib di setiap restoren…roti panas. tak mintak pun memang tetap dihidangkan.

 

nasi biryani kambing tergolek atas dulang besar punyaaa (tak sempat snap sebab orang sentiasa ‘Q’  kat situ). kita sendiri kena potong kambing tu. nak daging bahagian peha ke, rusuk ke, daging batang pinang ke, dada ke…ambiklah banyak mana pun nak, takde sapa nak halang, takde nak bersukat-sukat macam kat hotel tu….huhu..

 

seperti hidangan bufet yang biasa kita lihat, terdapat beberapa stesen makanan yang pelbagai. sama juga di caravan. ada bahagian yang menghidangkan bermacam jenis salad dan pasta, buah-buahan segar, deretan lauk pauk, bahagian makanan yang bergoreng panas, makanan vegetarian dan tak ketinggalan bahagian dessert.

amboiii..bab ni memang ana punya faveret laa…🙂

 

kasik tambah lagi kek coklat. cair di mulut tuuu….. dan cuba pulak nak rasa manisan yang dalam mangkuk ni. yang berwarna putih adalah roti dan biskut dalam kuah susu manis..sedap gak. dan yang bulat warna kuning tu bukan buah. tapi adalah tepung yang diuli bulat-bulat dan digoreng. kemudian disalutkan dengan lautan karamel. nak tau rasanya? manisss sangat. macam makan gula sekilo! tak abis makan dessert ni..memang tak boleh abis. semut pun kalau makan boleh dapat heart attact daa…

 

jus daun pudina dan lemon….berangin tekak dan hidung..dah rasa macam colgate plak..hahaha..

 

hiasan di dinding restoren dan suasananya malam tadi.

 

 

 

 

selesai saja makan akan dihidangkan pula dengan gula batu dan jemuju. ambiklah seketul gula batu dan secubit jemuju…ianya bagus untuk mengharumkan nafas kata abe matt.

over all…makanannya sedap. ditambah pula dengan pencahayaan dalaman restoren yang suram ala-ala romantik dengan sinaran lampu chandeliar, diserikan pula dengan sebatang lilin di setiap meja. bagi peminat nasi biryani kambing..di sinilah tempatnya. harga bufet sangat berpatutan hanya qr55 seorang… dan makanlah selagi boleh!

 

ddmk: kenyang perut..suka hati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s