zoo qatar

diterjah dengan pertanyaan dari abe matt “nak pegi zoo tak?”. saya terkejut…eh ada zoo kat negara padang pasir ni?

sedang saya lupa bahawa dengan kekayaan sebagai negara pengeluar minyak segalanya tak mustahil untuk diadakan. rizab simpanan minyak yang masih belum diteroka dianggarkan masih boleh bertahan sehingga 300 tahun lagi. lamanya!

sebut saja zoo semestinya kita tau dah binatang apa yang ada di situ, tapi dek kerana nak tau apa kelainan yang ada di zoo qatar perasaan teruja nak pegi…teruja? cewahhh…hehe..

rupanya tak lah jauh sangat zoo dari rumah..dalam 40 minit saja dah sampai. dengan harga tiket qr5 seorang, kami melangkah masuk melepasi pintu pengawal.

 

belum pun start nak meneroka tempatnya, kami dah disambut dengan bau-bauan yang cukup tak disangka. bau urin binatang! molek sikit bunyinya sebut urin ni.. adoyaiii..haha..

mujurlah penataan lanskapnya cantik. agak terpesona juga dibuatnya. tak sangka pulak dalam zoo ada taman bunga untuk pelawat beristirehat. terdapat banyak bangku kayu disediakan di sekitar taman. dengan perlahan-lahan bau yang menusuk hidung tadi hilang dengan sendirinya. mungkin sebab leka melihat rimbunan pokok bunga yang pelbagai warna dan hiasan pokok renek  yang melingkari segenap taman. ada 2 kolam air pancut yang menyegarkan pandangan mata. terdapat juga pokok asal yang masih dikekalkan sebagai pelengkap sebuah taman itu nampak semulajadi.

 

ini sebahagian binatang yang terdapat di sini. selebihnya boleh tengok di facebook ye..

 

nak tahu apa perbezaan zoo qatar berbanding zoo negara kita?

1- di sini tak ada binatang marin seperti penguin, memerang, dolfin dan apa saja binatang yang hidup di air. termasuklah buaya.

2- tak ada pameran binatang merayap dan serangga seperti labah-labah, ular, kala jengking atau lipan.

3- tak ada show binatang. seperti aksi monyet naik basikal, burung kakak tua main gelung getah atau aksi gajah main bola. sessi bagi makan binatang pun tak ada. kalau ada pun hanyalah pengunjung zoo yang bermurah hati bagi makan kepada monyet dan zirafah.

**hmmm…agak membosankan juga kan. tak ada langsung aktiviti mesra pengunjung seperti di zoo negara kita. tiada interaksi antara binatang dan orang ramai. tetapi..ada sudut lain yang menarik perhatian, yang tak ada pula di tempat kita!

1- terdapat anjung tinjau bagi semua kawasan binatang yang tak merbahaya. seperti kuda belang, rusa, gajah dan zirafah.  anjung tinjau ini dibina didalam kawasan kandang! bukannya diluar kandang. jadi pengunjung boleh melihat dengan dekat binatang tu.

 

2- bagi binatang yang ganas seperti harimau belang, harimau kumbang, singa, dan dubuk pula ditempatkan dalam kawasan sangkar yang agak besar. dannn…orang ramai boleh melihat dengan sangat dekat! jarak antara kita dan binatang hanyalah 5 ke 6 kaki saja! di sediakan pula bangku jika sesiapa nak duduk bertentang mata dengan dengan harimau. ada berani? haaaa…

 

3- secara langsung dapat mendengar lion king mengaum…ngeri! bergema kawasan tu. tapi sayang tak sempat ambik gambar dia bersuara ganas. lepas mengaum dia tido..haha

 

4- serigala! satu pengalaman yang tak akan dilupakan. kali pertama melihat serigala dan kali pertama juga….mendengar lolongannya! nasib baik hari siang..kalau malam ni, memang naik bulu roma!

 

5- harimau siberia ni…memang besar, bulunya putih gebu.

 

6- spesis monyet kecil yang sangat lincah. susah nak ambik gambarnya. asyik berlari ke hulu hilir.

 

4 jam kami menghabiskan masa di sini. walaupun tak berapa puas hati sebab binatangnya tak sebanyak di zoo negara kita, tapi pengalaman dapat melihat binatang secara ‘sangat dekat’ telah memberikan satu kenangan yang cukup berharga. bayangkan selama ini jika ke zoo, kita hanya dapat melihat binatang dari jarak yang agak jauh. kadang-kadang nampak kelibatnya saja. tapi di zoo qatar..segalanya didepan mata!

 

ddmk: aummmm…..grrrrrrr…tengok pak belang makan kurma daaa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s