disebabkan sekeping nota..kami ditendang macam bola! (bhg. 1)

hati dah sakit ni..mulut terkunci tak tahu nak cakap macam mana lagi. hangin je satu badan..telinga pun dah panas.

alkisahnya begini… saya telah memperolehi resident visa. langkah seterusnya kita perlu mendapatkan ID Qatar pula. ianya WAJIB bagi setiap ‘orang luar’ yang nak stay di sini. kira macam IC la kad tu, so tak payah kita nak usung pasport setiap masa. kalau tak ada ID Qatar ni…siap sedia la jadi PATI…heheee..

sebagai langkah pertama kita harus ke Medical Commission untuk buat medical check-up. di sinilah punca bagi segala mimpi ngeri. semasa di kaunter pendaftaran, officer yang bertugas ambil masa yang lama membelek pasport saya. diselak-selak..kejap muka depan, kejap muka tengah..kejap bahagian belakang pasport. ulang balik, check pasport lagi.

kemudian check di komputer pula. masih sama..entah apa yang ditaip-taip di key board tu…ada yang tak kena ni! hati berdetik. orang lain yang beratur di kaunter sebelah nampak mudah je urusannya. sedangkan saya dah hampir 10 minit tak juga settle lagi.

akhirnya saya di arahkan ke pejabat untuk berjumpa dengan officer bahagian visa. ikut je la kan..lagipun kita tahu kita masuk ke negaranya secara sah!

saya : assalammualaikum..

officer : alaikumsalam.. you come for visit or resident?

saya : visit

officer : when you 1st time come here this year?

saya : on february

officer : visit or resident?

saya :  visit

**dia pun membelek pasport saya. sama. depan, belakang, tengah. kemudian beralih ke komputer pula.

officer : you come for visit or resident?

saya : visit 

officer : when you come?

saya : on february

officer : visit or resident? (berapa kali nak tanya daaa…)

saya : visit. i come here for visit my husband. then he apply me a resident visa.

officer : so you come here for visit or resident?

saya : at first visit, but now i have resident visa. (dia ni faham ke tak..aduhaiii..)

**dia sambung lagi check di komputernya.

officer : when you come here?

saya : on february (hati dah panasssss nih..)

officer : visit or resident?

saya : (ya allah!..apa salah aku nih..hishh) 

saya : resident. (saja test jawap resident pulak)

**dia belek lagi pasport tu.

officer : you come for resident?

saya : yes, after applying resident visa. before that i visit.

officer : so you visit or resident? 

saya : …..mati kutu dah………

**dia tanya kat member sebelah mejanya. cakap arab..entah apa la tu.

officer : i give you this note. go to immigration then you come here. (dia steplerkan nota kecil tulisan arab di dokumen saya)

saya : ok..thank you VERY MUCH.

keluar saja dari pejabatnya saya report kat abe matt apa yang berlaku. dari penelitiannya menurut abe matt mungkin dalam sistem komputer kemasukan saya ke qatar menggunakan visa visit/lawatan. walaupun sekarang dah dapat visa resident/penduduk, tapi sistem tak upgrade lagi maklumat terkini. sebab tu officer di Medical Commission tu keliru. jadi kenalah ke immigration untuk ubahkan status ‘visa visit’ ke ‘visa resident’.

mudah kan? napa la officer tadi sengal sangat……..adooiiiiiii….

 

ddmk: sabar..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s