disebabkan sekeping nota..kami ditendang macam bola! (bhg. 2)

dari Medical Commission kami terus ke pejabat immigration yang berdekatan, tak lah jauh sangat dalam 10 minit dah sampai.

semasa di kaunter nak ambik nombor giliran, abe matt hulurkan dokumen termasuklah nota kecil yang disteplerkan tadi. officer lelaki tu baca sejenak dan bertanya;

officer : have you paid qr500?

abe matt : not yet

officer : come tomorrow, bring this document, pasport and pay qr500. now number finish.

abe matt : ok, thank you.

hmmm…dah pukul 4.30 petang. patutlah nombor giliran dah habis. saya lihat memang ramai orang yang masih duduk menunggu untuk berurusan. lega rasanya….at last akan settle jugak. bukan susah pun, ubah status….bayar qr500 dan ke Medical Commision semula untuk buat medical check-up.

selang dua hari kemudian kami ke immigration semula. kebetulan officer yang sama bertugas. saya hulurkan dokumen, dia baca nota tu…tiba-tiba dia cakap, “go to main immigration”. aikkkk…….apahal ni? sebelum ni suruh datang sini. saya tanya lagi. jawapannya masih sama, “go to main immigration”.. dan dia terus layan orang lain pulak.

hishhh…geram betullah!!!. sebelum ni cakap lain sekarang cakap lain. kenapa masa kali pertama kita datang tu dia tak cakap kena ke main immigration? menyusahkan orang betul!!

dalam saya bersunggut tu, abe matt diam je…melayan perasaan la tu kot. sapa tak sakit hati kan?

setelah menempuh perjalanan selama 45 minit, kami sampai di main immigration. besar tempatnya, orang pun ramai..maklumlah ibu pejabat. bermacam orang dengan bermacam masalah masing-masing nak diselesaikan, termasuklah saya…hehee…

di pos pengawal kami ditunjukkan ke gate 4 untuk urusan visa. apa lagi terus menuju pantas sebab takut nombor giliran abis. jam pun dah pukul 5.15 petang. di kaunter pertanyaan, setelah membaca nota yang elok ter’stepler’ rapi tu, officer tu cakap, “go to gate 3, come tomorow morning at 7am. now closed”. pulak dah? gate 4 ke gate 3 ni?

ok..takpa-takpa….relax-relax….chill dulu…. at least kami dah berada di ibu pejabatnya. kalau ada problem pun ke mana lagi mereka nak suruh pergi kan?

semasa nak balik melalui gate 3, saya nampak masih ada orang yang berurusan di dalamnya. kami pun sengaja redah dan dapat ambik nombor giliran….hahaha…saja je cuba dapat pulak! happy..happy…sukanya hati. akhirnya berjaya jugak kan? esok tak payah datang lagi..huhu..

tiba giliran saya, maka bersemangatlah dan berbahagialah kaki melangkah. tak lama ni..kejap lagi settle la.

officer : where you get this note?

saya : i went to Medical Commission and they give me that note.

officer : come tomorrow morning, go to 1st floor.

erksss….1st floor pulakkk. aduhaiiii….takpa-takpa. senyum aje lah!

 

ddmk: sabar lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s