disebabkan sekeping nota..kami ditendang macam bola! (bhg. 3)

seawal 6.45 pagi saya dan abe matt dah muncul di pejabat gate 3. walaupun mereka start keja pukul 7 pagi tapi lebih baik kita datang awal. urusan dengan immigration ni tau je lah kan..banyak red tapenya.

kami terus ke 1st floor seperti yang diberitahu semalam. keluar dari lift, terus nampak sign board ‘Training Centre’. what?….training centre???

salah info ke ni? kita nak transfer status visa la…bukan training!

kami bergegas turun dan menuju ke kaunter pertanyaan. setelah officer tu baca note di dokumen tu, terus diberikannya nombor giliran. dengan muka sedikit kelat kami akur. tunggu dan lihat apa pulak karenahnya lepas ni.

setelah menunggu selama 20 minit tibalah giliran saya. di kaunter officer yang bertugas membaca note tu;

officer: hmmm…go to last counter, see manager.

saya: i just want to transfer my visa status. from visit visa to resident visa..

officer: ok..go to gate 4

saya: gate 4? yesterday i went to gate 4 and they said here gate 3

officer: no..no…go to gate 4

**mujurlah saya ni jenis penyabar…..kalau tak mahunya disitu jugak saya maki hamun satu immigration nih….hahahaaa…

apalah agaknya yang ditulis di note tu ye? saya dah buat salah kah? ada masalah masuk ke qatar ni kah? tapi abe matt bertegas mengatakan saya takde masalah. dan saya jugak bertegas menyatakan semua ni salah note tu!

“abang..cabutkan je lah note tu!…entah apa yang ditulisnya. kita bukan nak buat urusan besar pun, kita nak tukar status je..susah sangat ke? ini kita disuruh ke hulu ke hilir..kejap gate 4, pastu gate 3, then 1st floor gate 3. sekarang gate 4 lagi. semua officer yang baca note tu macam tak faham apa maksudnya. teruklah kalau ni.. kita dah kena tendang macam bola!”.

“cuba abang simpan note tu, then kalau dia orang tanya macam-macam baru kita bagi.” saya meluah rasa hati.

“mana boleh..ikut je lah..” jawap abe matt ringkas. tapi saya tahu dalam hatinya dah panas tu…heheee

kami kembali semula ke pejabat gate 4. terus ke kaunter pertanyaan. at last!!! syukur! ada jugak yang faham setelah baca note keramat tu. ” ohh..you want transfer visa? ok.” dihulurkannya kepada abe matt nombor giliran. ahhh…selamat sudah. betullah kata pengawal dipintu masuk semalam. urusan visa di gate 4. entah mana silapnya semua officer di immigration ni. baik officer di kaunter pertanyaan mahupun officer di kaunter urusan. macam tak faham atau memang tak faham apa yang ditulis di note tu.

hampir 20 minit tibalah giliran kami di kaunter 13. senyum je saya semasa hulurkan dokumen.

officer: go upstairs…

kami: terpegun……………’upstairs?’

officer: yes, go upstairs. 

dengan langkah longlai….kami pergilah mencari lift dan teruslah ke tingkat 1. ambil nombor giliran dan tunggu, di kala ini saya dah malas nak melayan karenah yang entah apa-apa nih! sedangkan abe matt masih bersemangat nak selesaikan urusan di sini. kasihan pulak tengok dia yang tak putus asa bertanya orang… waima pak guard pun ditanya tentang ke mana lagi nak diusungkan dokumen saya tu.

di tingkat 1. di kaunter 8; “not here. go to counter 3”. sekali lagi kami disuruh ambil nombor giliran bagi urusan di kaunter 3.

di tingkat 1. di kaunter 3: “not here, go upstairs”. hishhh….pulak dah? apa perasaan anda kalau kena macam ni?

tapi dek kerana urusan visa ni sangat penting bagi menjamin kehadiran saya di qatar mengikut undang-undang negaranya, maka menapaklah kami naik pula ke tingkat 2. kali ni tak perlu ambil nombor. kita boleh beratur di mana-mana kaunter.

di tingkat 2. di kaunter 1: “go downstairs…not here.”. selambanya officer tu cakap! dia tak tahu kita dah teruk diarah ke sana sini sejak pukul 6.45 pagi tadi…bukan takat perut je dah masuk angin, kepala pun dah naik hangin ni! abe matt terangkan padanya officer di downstairs yang suruh kami ke sini. jawapnya, “no. go to downstairs, this for visa, downstairs”.

apa ni??? mengarutlah! kalaulah boleh saya nak mengamuk! cukup! i cannot take it anymore!. dah menyampah! geram! ke mana lagi nak ditendang dokumen nih! saya tahu abe matt pun dah mula nampak ‘letih’. letih nak mengharungi layanan pak arab macam ni.

 

ddmk: tak boleh sabar dah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s