disebabkan sekeping nota..kami ditendang macam bola! (bhg. akhir)

dah give-up. upstairs ke downstairs? gate 3 ke gate 4? takkan nak ke training centre pulak. ke mana lagi mereka nak sorongkan dokumen ni?

kesabaran dah sampai ke kemuncaknya. ini langkah terakhir di main immigration. kami akan pergi semula ke kaunter gate 4 buat kali terakhir. kalau drama pak arab ni masih berterusan…cukuplah sampai disini.

” kalau susah sangat kita pergi dubai je la…keluar dari qatar then masuk balik gunakan visa resident yang baru ni, tak payah guna visa visit dah”. abe matt dah mula bersuara. ” ini last….kalau problem jugak…balik je lah”. sambungnya lagi. iyalah..betul katanya tu. saya pun dah malas nak jalan berpusing-pusing dalam immigration nih.

sambil menuju ke arah kaunter pertanyaan di pejabat gate 4, saya perasan ada beberapa mata melirik kepada kami. agaknya mereka ni tahu yang kami dok ke hulu ke hilir sejak dari pagi tadi….tapi tak jugak settle-settle lagi.

walaupun kali ni officer lain menyambut dokumen, nampaknya dia faham. selepas baca note tu dia bagi nombor giliran. tapi takde maknanya jugak kan…asyik dapat nombor giliran je…kalau dia sorang yang faham. sedangkan semua officer kat kaunter lok lak belaka…hahahaaa.

kami menunggu dengan harapan yang tersisa. hmm…kalau ok kali ni..alhamdulillah. kalau sangkut lagi….blah je dari sini. abe matt dok diam-diam tak bercakap langsung, saya pula termenung sambil memerhati gelagat orang ramai. macam-macam bangsa ada.

selain arab ada juga dari india, filipina, kenya, sudan dan indonesia. ada juga yang datang dengan pakaian tradisi seperti memakai kurta dan jubah yang pelbagai rupa dan warna. saya? simple je..pakai jeans dan blouse..hehe..napa la tak teragak nak pakai baju kurung ye?

setengah jam berlalu maka tibalah giliran kami di kaunter 7. abe matt lantas bangun. saya hanya duduk dikerusi. pada mulanya saya pun turut serta ke kaunter, tapi pak guard yang baik hati minta saya ‘rehat’ je. katanya biar husband yang uruskan.

wahhh…hebat! agaknya dia perasan muka saya nampak penat kot. mau tak nya kan…penat jiwa dan perasaan! inilah pengalaman di immigration yang menyakitkan hati.

hampir 10 minit kemudian abe matt bagi signal. mintak saya bangun. ahhh…sudah. apa pulak la kisahnya. kena ‘tendang’ lagi ke agaknya ni…

abe matt: jom!

saya: mana?

abe matt: balik

saya: macam mana?

abe matt: dah…settled dah!

saya: hah! settled?? macam mana?

abe matt: masa menunggu tadi abang CABUT note tu! sampai kaunter cakap nak tranfer visa. terus dia buat, takde masalah pun!

saya: cissssssss……hampeh punya NOTE……………………………….

 

ddmk: balik rumah makan aiskrim coklat..kasi turun temperature…🙂

2 responses to “disebabkan sekeping nota..kami ditendang macam bola! (bhg. akhir)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s