koleksi: kfc

iklannya hebat. mug keluaran khas sempena pembukaan restoren kfc yang ke 500. ada emas di dalamnya! tapi bukan jongkong emas daaa……hehee. takat tulisannya yang bersadur emas 12 karat. eh..betul ke ni?  tapi dah hari-hari keluar iklan kat tv…takkan dia orang nak tipu pulak kan.

mugnya pun cantik, berkenan pulak. so, pegilah kfc sebab nak beli. itupun selepas order snack plate 2 set. balik rumah kita belek-belek mug tu. hmmm…memang ada tulisannya yang bersinar warna emas. tapi tak la menyilaukan mata macam emas 916 tu. takat warna suam-suam je.

owner kfc mesti buat kajian dah. sengaja letak sikit je emas kat tulisan tu. kalau letak 18 karat nanti ada yang memborong mug ni. then balik rumah kikis sikit-sikit. bila dapat serbuknya…dah boleh jual. ahah…good idea! tapi ada ke yang nak buat?

inilah dia mug kfc yang dibeli tahun lepas.

 

yang ni bekas garam. cute la…suka sangat. dah bertahun-tahun simpan. mula-mula beli satu. kemudian beli lagi…dan lagi dan beli lagi…dan lagi!

 

semua ni tak digunakan langsung. simpan kat kabinet dapur buat hiasan. dah nama pun koleksi…sayang pulak nak pakai. kecuali mug, satu mug tu memang digunakan hari-hari, yang satu lagi simpan.

saja gunakan mug tu, bukan apa…nak rasa minum milo dalam mug bersadur emas…hahaaa…

 

ddmk: ~ taste so good…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s