amalan zikir harian~ rugi tak buat

zikir harian ini adalah anjuran dari Imam Al-Ghazali. semoga Allah swt memberkatinya. banyak kelebihan jika kita mengamalkannya. antaranya ialah:-

~ dengan berzikir ianya dapat membersihkan hati serta dapat melembutkan hati.

~ jiwa akan tenang dengan mengingati Allah swt.

~ hidup akan diberkati dan dikekalkan dalam hidayah.

~ dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan rezeki

~ dijauhkan dari segala kesulitan dan Allah swt akan hampir dengan kita.

 

marilah sahabat! basahkan lidahmu dengan alunan zikir. mulakanlah dengan bilangan yang sedikit dulu. hari ini 100 kali…jika ada kelapangan esok 200 kali. ada lagi masa, lusa tambahkan 300 kali..hinggalah mencukupi 1000 kali sehari. buatlah perlahan-lahan. jangan tergesa-gesa mengejar jumlahnya sampai terabai maksud disetiap zikir itu.

kalau masih tak mampu 1000 kali sehari takpe..tidaklah ianya menjadi kesalahan atau kekurangan. yang penting kita telah mulakan langkah pertama untuk mengamalkannya.

sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa mengingati Allah swt. alangkah ruginya jika tidak berusaha untuk menjadi hambaNya yang soleh atau solehah sementara kita masih bernyawa. ingatlah, setiap amalan pasti ada kebaikkannya. yang penting istiqamah.

amalan ini sangat mudah. cubalah dulu ye. jangan nampak jumlahnya itu terlalu banyak dan sangat membebankan. usahlah fikir takde masa nak buat.

sebenarnya untuk kita mengingati Allah swt tak semestinya kita harus berada di atas sejadah. untuk amalan berzikir kita boleh melakukannya di mana-mana. dalam perjalanan ke tempat kerja, sementara menunggu bas atau dalam komuter.

sedang kita melipat kain, menyapu dan memasak pun boleh…malah lebih berkat lagi masakan kita hari ni. apa taknya, tangan kita memegang sudip tapi hati memegang kalimah Allah swt! alangkah beruntungnya anak-anak dan suami menjamah hidangan seperti ini.

 

ddmk: mulakan dengan Bismillah… 

4 responses to “amalan zikir harian~ rugi tak buat

  1. syukur kehadrat ilahi dengan berkat berzikir ketika memasak suami selalu puji masakan saya walaupun masakan saya alah kadar sahaja dan saya tidak suka masakan saya ada perencah seperti ajinomoto dan lain-lain….

    • alhamdulillah….syukurlah jika puan dapat merasai perbezaan jika berzikir atau tidak. saya hanya menyampaikan…terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya yg biasa2 saja ni. moga puan sekeluarga akan sentiasa dalam rahmat Allah swt…amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s