bersyukurlah

semua orang mempunyai rutin harian. sama ada yang masih menuntut ilmu atau yang keluar bekerja setiap hari untuk mencari rezeki. termasuklah juga yang tidak bekerja secara rasminya di pejabat tapi mengerah tenaga memastikan urusan rumahtangga tersusun rapi.

biar apapun aktiviti yang kita lakukan setiap hari, janganlah lupa sebenarnya semua kudrat itu datangnya dari Allah swt. tanpa izinNya kita nak gerakkan kaki dan tangan pun tak boleh. inikan pula nak menikmati lazatnya sebungkus nasi lemak dan menghidu harumnya aroma secawan kopi setiap pagi.

bagaimana pula dengan kerdipan mata? sempurnanya anggota badan kita? tak termasuk lagi degupan jantung yang sentiasa berdenyut dari hari ke hari. sungguh luas kasih sayang Allah swt kepada makhluknya, tiada terbanding. walaupun kita selalu lalai atau terlalai untuk mensyukuri pemberianNya namun tidaklah Allah swt terus murka.

sebaliknya Dia tetap mengutuskan rezeki yang melimpah ruah kepada setiap hambaNya. iya…rezeki yang datang dengan pelbagai cara. bukanlah setakat rezeki wang ringgit tapi cubalah renungkan… lihat dari segi yang lebih luas.

sifat pengasih serta penyayangNya melebihi ikatan kasih antara ibu dan anak. dan ketahuilah…. semua pemberianNya adalah percuma! maka terlalu sukarkah untuk kita mengucapkan syukur? janganlah buat-buat lupa atau menidakkan segala nikmat yang kita perolehi selama ini.

firman Allah swt di dalam al-quran melalui surah Ibrahim ayat 7:

“dan (ingatlah) ketika tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

 

bagaimanakah caranya kita nak bersyukur? Syukur dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. bersyukur melalui hati dengan berTasbih (Subhanallah). yaitu kepuasan batin atas anugerah yang diterima.

2. bersyukur melalui lidah, dengan berTahmid (Alhamdulillah). mengakui anugerah dan memuji pemberian-Nya.

3. bersyukur melalui perbuatan, dengan memanfaatkan segala nikmat yang diperolehi dan berIstighfar (Astaghfirullahal azhim). sentiasalah memohon ampun kepada Allah swt diatas segala dosa-dosa yang terdahulu.

Maha Suci Allah, tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi sebagai hamparan sementara kediaman kita. sedangkan yang kekal abadi hanyalah di sana.

 

ddmk: teringat kat mak. sejak saya kecil sampailah sekarang, setiap kali lepas makan mak akan cakap: “alhamdulillah….syukur nikmat Allah”. walaupun kami hanya makan nasi dengan sardin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s