cincin emas jam permata, siapa dapat dia punya?

tiap-tiap hari sabtu kena beli stock barang basah untuk seminggu. selalunya ke carefour di Villaggio. disebabkan dah boring ke sana, minggu lepas ke carefour kat City Center pulak. padahal City Center la yang paling dekat dengan rumah. hanya 20 minit je berbanding Villaggio yang ambik masa dalam 30 minit. kalau jalan jem silap-silap 40 minit baru sampai.

tiba di City Center pukul 10.45 pagi. awal lagi dan masih lengang. sebelum start membeli belah, kita layan movie dulu…heheee..

movie pilihan…Battleship. dah 2 minggu tunggu movie ni.

harga tiket movie bagi tempat duduk biasa ialah qr35.00. haaa….mahal kan? kat malaysia baru rm11.00. namun ada pilihan lain tau. kalau nak mencuba kelainan bolehlah beli tiket bagi tempat duduk Balcony. harganya qr45. dan kalau rasa-rasa nak jadi VIP boleh beli seat VIP Gold. harganya? ehemm..qr100!

entry ni sebenarnya bukan nak cerita tentang panggung wayang kat doha atau ulasan movie Battleship. tapi nak kongsikan pengalaman terjumpa barang berharga di toilet di dalam panggung wayang.

mula-mula tak perasan. almaklumlah…apa-apa hal utamakan hajat dulu..ye tak…hahaaa… semasa nak cuci tangan di sinki, saya ternampak sesuatu di belakang paip. terpegun sekejap…ya Allah..siapalah punya ni? mesti tuan punya barang ni tengah tercari-cari. atau mungkin  dia masih belum sedar dia tertinggal barangnya!

kebetulan saya bawak camera..sempat snap gambar. seutas jam tangan jenama J.Bovier bertatah permata (mungkin jugak berlian), sebentuk cincin emas dan sebentuk cincin permata hitam.

 

nak dibiarkan saja? dan buat-buat tak tau je…atau nak kena ambik tau? hati berbelah bagi nak ambil atau tak. sebaliknya terus keluar dapatkan abe matt…sambil tu saya perasan ada sorang cleaner bangla dah siap sedia nak masuk bersihkan panggung. segera saya report kat abe matt tentang penemuan dalam ladies room.

abe matt setuju untuk saya ambik jam dan cincin tu sebelum cleaner yang jumpa. apalagi dengan pantas dan berlari anak saya kembali ke toilet. barangan dikaut dan digenggam rapi.

sebelum keluar dari panggung wayang, kebetulan terjumpa sorang pekerja perempuan filipina yang masih menunggu untuk semua penonton keluar. dialah penunjuk arah tempat duduk kami tadi.

saya maklumkan penemuan barangan tu. dan dia tidaklah terkejut. mukanya selamba je. katanya memang biasa pengunjung tertinggal barang. dan dia juga sering kali terjumpa macam-macam barang yang tertinggal.

mengikut prosedur panggung wayang, setiap barang pengunjung yang tertinggal di seat ataupun di toilet akan diserahkan ke pejabat pengurusan. owner barangan tersebut bolehlah menuntutnya di pejabat.

hmm…betul jugak katanya. tapi itupun kalau owner sedar barangnya tertinggal kat situ. kalau tak?

saya serahkan jam dan cincin tu padanya. dan dia cakap dia akan hantar kepada pengurus. sambil barang bertukar tangan…saya pandang tepat ke dalam matanya dan berkata: ” i give you this with my trust on you…thank you”.

 

ddmk: agak-agak dia ikut prosedur tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s