peminta sedekah ‘kerjaya’ lumayan

kemuliaan dan kemurahan hati orang kita menderma memang tak dapat disangkal. apatah lagi jika melihat dengan mata kepala sendiri kesusahan orang lain.

menjadi pemandangan biasa di tempat kita, ketika tengah sedap menjamu selera di kedai makan, akan datanglah seorang lelaki kurang upaya yang dipimpin oleh kawannya ‘menziarahi’ dari meja ke meja.

paling kasihan jika yang datang ni kanak-kanak. turut dibawanya bersama adalah buku-buku agama bersaiz kecil seperti surah yassin, tisu atau sticker kecil dengan kalimah suci al-quran.

mereka menghampiri kita dengan wajah yang muram…pakaian yang kusam dan pandangan matanya yang sayu untuk meminta sedekah. ada di antara kita yang mudah benar terusik hati. hulurkan saja rm1.00 atau rm2.00. tapi tak kurang juga yang tak mengindahkan langsung. bagi isyarat dengan menggelengkan kepala saja.

namun golongan peminta sedekah ini kebanyakannya bukanlah orang kita. lebih tepat lagi bukan orang melayu…atau mengikut fakta, bukan orang malaysia pun!

hah! tu dia….orang luar la. lambakan warga myanmar yang mendakwa memiliki status pelarian UNHCR sentiasa berkeliaran. mereka ‘bekerja’ 2 shift. shift tengahari dan shift malam. takde overtime tapi dijamin dapat gaji harian. bukan macam kita, kena tunggu hujung bulan baru dapat gaji.

restoren, drive thru mcD, food court terbuka adalah ‘ofis’ mereka. kadang-kadang di pasar malam dan depan pintu masuk bank pun ada. menjadi peminta sedekah bukannya satu kesalahan di tempat kita. lagipun sekali pandang mereka ini kelihatan sangat susah. paling tak tahan kalau melibatkan anak-anak kecil yang dikendongnya.

apabila penguatkuasaan dari PBT yang lemah. aktiviti mereka menjadi sangat lincah. cubalah ambush golongan ni. buat operasi setiap hari. pasti mereka akan bercuti panjang.

sewaktu zaman remaja saya dulu, kalau nak balik kampung puduraya lah tempat dituju. punyalah ramai peminta sedekah yang dok bersusun kat jambatan. ramai orang yang mencampakkan syiling ke dalam mangkuk mereka. dan ada pulak seraga tisu, ambiklah satu paket kalau nak.

tak lama kemudian menjadi topik hangat apabila ada diantara mereka ni yang datang dari johor, pulau pinang, kedah dan perak semata-mata nak dapat duit segera. paling best lagi sebenarnya mereka stay kat hotel bajet area puduraya tu….hahahaaa…

tak apalah juga..at least orang kita yang buat..ye tak? mungkin mereka buat kerjaya sambilan sementara nak tunggu padi menguning atau musim durian. takpun masa tu musim hujan, tak boleh nak menoreh getah.

terkini orang luar yang mengaut keuntungan segera dari orang kita. selain orang myanmar yang memang dah beranak pinak di malaysia, ada pulak dari negara china yang sanggup datang kononnya sebagai pelancong, kemudian bersalin kulit jadi pengemis tegar.

hakikatnya memang hak kita untuk memberi sedekah. apalah sangat hulurkan takat seringgit dua..tak jatuh miskin pun!

tetapi jangan terkejut jika dalam sehari mereka boleh dapat rm500.00. hmm..cuba kalikan dengan 30 hari? rasanya mahal lagi ‘gaji’ mereka dari kita. ye la kann…apa la nak berkira, seringgit dua je.

janganlah mudah terpedaya dengan lakonan mereka. berhati-hatilah.

pendapat saya, jika benar anda nak bersedekah..hulurkanlah pada yang benar-benar memerlukan. banyak rumah anak yatin, rumah orang tua, persatuan orang kurang upaya, persatuan ibu tunggal yang akan lebih menghargai duit anda.

atau jika sekadar mampu memberi seringgit dua pun…masukkan lah ke dalam tabung masjid atau surau. dapatlah juga dipanjang-panjangkan sedekah kita. atas dasar ikhlas, usahkan seringgit dua, lebih dari itu Allah swt akan balas di akhirat kelak.

sila lihat>myMetro | Siang comot, malam kemas.

 

ddmk: sedekah pisang kat masjid..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s