si Bersih yang sangat Kotor

sejak semalam saya tak letih membaca satu demi satu berita isu semasa yang tengah hangat diperkatakan di malaysia sekarang. walaupun diri berada jauh dari tanahair tapi medium internet saya pergunakan dengan sepenuhnya.

saya tidak berada di dataran merdeka dan tak melihat dengan biji mata sendiri keganasan polis yang di war-war kan mahupun penganiayaan terhadap para penyokong Bersih 3.0.

tapi dengan menghabiskan masa selama 4 jam membaca berita secara online dan menyaksikan pelbagai video amatur dan video yang dirakamkan oleh jurugambar bertugas, ternyata saya punyai pendapat yang sangat relevan dengan isu ini.

apa yang ingin saya luahkan adalah dari akal marhain saja…bukannya dari sudut pandang seperti seorang intelek politik yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam lambang dacing, bulan penuh, bulan setengah atau roket.

saya bukanlah terlalu taksub untuk menjatuhkan hukum kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam kejadian memalukan itu, cuma rasa tesinggung melihat orang melayu ditindik hidungnya sedang talinya diheret si putar alam yang visinya maha besar untuk menjahamkan sebuah negara bernama MALAYSIA.

tahukah anda apa sebenarnya tuntutan Bersih 3.0? dimanakah pemimpin Bersih semasa kejadian rempuhan? apakah ‘agenda tersembunyi’ disebalik demontrasi Bersih?

rakyat disajikan oleh penganjur Bersih dengan tuntutan yang ‘sangat munasabah’. dengan harapan agar kerajaan akan memberi maklum balas yang positif dan mendengar luahan hati mereka.

demontrasi yang dijanjikan oleh ambiga hanyalah ‘duduk dan bantah’ telah bertukar kepada luahan emosi yang meluap-luap. adakah ambiga sekadar patung boneka pihak tertentu? atau dia juga adalah ‘kepala’ kepada semua kekalutan pada hari sabtu lalu.

mereka nak berhimpun, iya…dbkl dah berikan tempat. dibenarkan penggunaan stadium merdeka. lebih selesa, ada padang, barisan tempat duduk dan boleh pasang speaker biar satu dunia dengar tuntutan mereka.

tapi dataran merdeka jugak yang ditujui. ialah mana nak puas hati jika setakat ‘duduk dan bantah’ saja. kenalah ada aksi-aksi yang boleh jual cerita malaysia di mata dunia. barulah wartawan asing rasa tak sia-sia berkampung 3 hari 2 malam di malaysia untuk mendapatkan berita sensasi.

sebab tu lah kereta polis diterbalikkan, baling botol, batu atau apa saja yang boleh. rempuh sekatan, belasah polis, kena belasah balik oleh polis, basah kena siram air, belasah wartawan, terbelasah pulak jiran sekampung…aduhaiiii…

dilaporkan ada peserta demontrasi yang membawa minuman keras semasa berarak. tak kurang juga yang datang sekadar nak dok jalan santai-santai..biar nampak ramai katanya.

semua 150,000 orang yang terlibat bukanlah mewakili keseluruhan rakyat malaysia amnya. mereka adalah gabungan ahli parti politik pihak pembangkang. anda fikirkanlah. ternyata semuanya ini hanya lakonan saja. sekadar pemanas menjelang pilihanraya.

bagi pihak kerajaan pula seharusnya janganlah ‘duduk dan lihat’ kemaraan ‘tentera’ kuning ini. bahaya kalau terlalu berlembut. bahaya juga kalau terlalu keras. saya pasti kepimpinan negara sangat pandai dalam merangka strategi untuk ‘membersihkan’ semula fikiran rakyat yang telah mula ‘sakit’.

ddmk: ada mata pandang, ada telinga dengar, ada akal?

2 responses to “si Bersih yang sangat Kotor

  1. Betul T, sakit hati dengan dorang nie. Dah elok duduk aman nak gak jadi belaci…. Dorang nie tak sedar lagi yg dorang nie jadi alat je…. Jati diri dan agama digadai hanya kerana sentimen menyokong/mengikut tanpa guna akal yang rasional. Dorang lupa yg sebenarnya doranglah yg akan menyebabkan kita merempat dibumi sendiri nanti..

    erkkk sorrylah teremosi sikit lak aku hahahahah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s