prosedur mendapatkan id qatar

alhamdulillah, urusan untuk mendapatkan kad ID qatar telah sampai ke penghujungnya. kini hanya menunggu kad ID sampai ditangan. senang hati dah…nak ke mana-mana tak perlu pasport, bawak kad ID saja.

ingin dikongsikan bersama prosedur bagi siapa yang akan membuat kad ID qatar. manalah tahu jika ada dikalangan pembaca yang akan berhijrah ke negara Dawlah Qatar. kad ID sesuatu yang WAJIB sekiranya ingin menetap di sini. ianya seperti kad pengenalan diri.

bagi orang yang bekerja, semua urusan documentation akan dibuat oleh majikan, jadi beres. tetapi bagi kita sebagai pasangannya yang tak bekerja, kenalah buat sendiri.

 

proses mendapatkan Resident Visa.

pasangan anda yang terlebih dahulu ke qatar haruslah membawa bersama dokumen berikut:-

~ salinan sijil nikah yang disahkan oleh kementerian luar negara malaysia (wisma putera), bayaran rm20 dikenakan.

~ salinan sijil nikah yang sama itu juga mesti disahkan oleh kedutaan qatar malaysia (jalan ampang) , bayaran rm30 dikenakan.

~ sijil nikah Asal

~ gambar anda berukuran pasport. 4 keping.

~ salinan pasport pasangan dan anda.

 

# setelah sampai di qatar, sediakan pula dokumen tambahan seperti di bawah:-

~ surat pengesahan jawatan dan gaji daripada majikan. gaji pasangan kita mestilah melebihi qr 10,000.

~ salinan perjanjian sewa rumah di qatar.

* serahkan semua dokumen di atas kepada bahagian HR majikan. tetapi ada juga majikan yang tidak menguruskan Resident Visa untuk anda, jadi pasangan anda terpaksalah ke immigration sendiri.

* proses untuk mendapatkan Resident Visa ialah 2 minggu.

* setelah pasangan anda berjaya memperolehi Resident Visa, e-mail dokumen tersebut kepada anda di malaysia.

 

situasi A.

apabila anda datang ke qatar, bawa sekali Resident Visa yang telah diperolehi.

1. di pintu masuk negara qatar iaitu kaunter immigration di airport:

~ tunjukkan pasport dan salinan Resident Visa. tiada bayaran dikenakan.

~ kebiasaannya officer immigration akan bertanya tempat tinggal anda di qatar- jadi pastikan anda tahu.

 

2. dalam tempoh 3 bulan, (lihat tempoh di resident visa), pergi ke Medical Commission di Mesaimer untuk menjalani medical check-up.

~ bawa pasport dan Resident Visa

~ bayaran sebanyak qr 100 akan dikenakan. bersedialah membayarnya dengan kad atm, kerana bayaran tunai tidak diterima.

~ pastikan juga anda mempunyai nombor telefon qatar, ianya wajib kerana anda akan dihubungi melalui sms jika keputusan medical check-up gagal.

 

3. sekiranya anda tidak menerima sms dari Medical Commission setelah 3 hari dari tarikh medical check-up, ini bermakna keputusan medical check-up anda berjaya. keputusan boleh juga di semak secara online.

~ sila ke http://www.sch.gov.qa/mcr/En/mcresults.jsp

 

4. seterusnya pergi ke mana-mana klinik atau hospital.

~ bawa pasport dan Resident Visa.

~ maklumkan di kaunter anda nak buat Blood Grouping. (untuk menentukan jenis darah kita.)

~ bayarannya qr 20. (jika di klinik.)

~ tunggu sehingga keputusannya keluar. (dalam 15 ke 20 minit). ambil keputusan bertulis dari pihak klinik.

 

5. seterusnya pergi ke pejabat CID di Ain Khaled. untuk membuat proses fingerprint. keseluruhan jari jemari dan tapak tangan anda akan di scan. termasuklah mata.

 

6. selepas itu anda dikehendaki ke pejabat immigration dengan membawa dokumen berikut untuk mengambil kad ID yang telah siap. atau serahkan semua dokumen itu ke bahagian HR pasangan anda, merekalah yang akan ke immigration.

~ sediakan sekeping gambar ukuran pasport.

~ borang CID yang telah anda tandatangan.

~ keputusan Blood Grouping beserta resit bayaran.

~ resit bayaran di medical commission.

~ salinan pasport anda.

 

7. proses selesai. anda akan menerima kad ID.

 

situasi B. (seperti kes saya).

sekiranya anda datang ke qatar tanpa Resident Visa.

1. di kaunter immigration di airport, tunjukkan pasport.

~ anda akan ditanya/diminta untuk mendapatkan Arrival Visa @ Visit Visa. bayaran qr 100 akan di caj di kad kredit anda. bayaran tunai tidak diterima. visa ini hanyalah selama 30 hari sahaja

~ officer akan tanya tempat tinggal anda di qatar- jadi pastikan anda tahu.

 

2. pastikan pasangan anda dapatkan Resident Visa melalui majikannya dengan segera. dokumen yang berkaitan adalah sama seperti proses mendapatkan Resident Visa yang dinyatakan di atas.

 

3. setelah dapat Resident Visa, pergi ke pejabat immigration di al Gharafa untuk buat Transfer Visa. ubah status dari Visit Visa ke Resident Visa.

~ bawa pasport dan Resident Visa.

~ sediakan bayaran sebanyak qr 500. gunakan kad kredit atau atm. tunai tak diterima.

 

4. proses seterusnya sama di perkara nombor 2 hinggalah nombor 7 seperti di situasi A.

 

situasi C.

sekiranya anda datang sebagai pelancong atau menziarahi keluarga di sini.

1. Resident Visa tidak diperlukan.

~ cuma bawa pasport dan kad kredit sahaja. kerana urusan di kaunter immigration tidak menerima bayaran tunai.

 

2. Visit Visa atau Arrival Visa boleh didapati di kaunter immigration di airport dengan bayaran qr100.

~ visa tersebut hanya untuk 30 hari.

~ sebelum berangkat, maklumkan pihak bank anda nak melancong ke Qatar supaya anda tidak berhadapan dengan masalah kad kredit yang digunakan di luar malaysia.

 

3. pastikan anda tahu nama hotel atau tempat tinggal keluarga di sini, kerana ianya adalah soalan yang lazim ditanya oleh pihak immigration.

 

# selesai. marhaban bikum fi Qatar!!!…..

 

ddmk: pengalaman di immigration masih panas..hahaaa…

10 responses to “prosedur mendapatkan id qatar

  1. salam cik kak…sume dokumen cam surat nikah tu perlu ditranslit dalam bahasa arab ke…sbb saya hanye de translit dlm bahasa mputih je…thanx for info..

  2. waalaikumussalam. tak perlu traslate ke bahasa arab, bawak je yg BI tu. sijil nikah akak tak translate pun..bahasa melayu tetap diterima, yg PENTING semua dokumen bawak yg ASAL yer. bila meen nak dtg Qatar?

  3. oww okey…dukumen ni sy nak uruskan utk visa family…InsyaAllah plan nak bawa anak bini..taon depan..mudah2an dipermudahkan segala urusan..

  4. Salam…akak sy ada cita cita nk bkerja di qatar dlm bidang food service..dpt asst.chef pun dh alhamdulillah..nk berhijrah mna thu rzki di sana..mcamna nk taw vacancy dlm bidang yg sy ceburi skrg ye kak?ada info x?

    • waalaikumussalam. luas skop kalau nak tanya tentang hidup di sini..yang mana satu ye? alhamdulillah saudara dapat offer dari QA. ramai malaysian yg keja kat sana. tentang multiple visa saya kurang arif kerana saya dapat Residents Permit. di syorkan saudara ke laman fb Malaysians in Qatar, disitu ramai yg lebih berpengalaman boleh menjawab soalan tersebut..terima kasih.🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s