beg emergency

pernah dengar beg emergency? kalau tak kerana jiran sebelah rumah yang bagitau, saya pun tak kan pernah terfikir tentang pentingnya keperluan beg emergency.

kisah ini berlaku hampir 5 tahun yang lalu. suatu petang sekitar pukul 5.30, saya baru balik dari keja. sampai kat rumah, di perkarangan lot parking penuh dengan jiran-jiran yang gelisah…

asap hitam dah berkepul-kepul naik ke udara. bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran. alamakkkkk…..rumah terbakar!

mujurlah tak merebak dan api berjaya dipadamkan. kejadian berlaku di tingkat 13. sedangkan rumah saya di tingkat 3.

kebakaran disyaki berpunca dari litar pintas. dan yang paling kasihan..hanya anak-anak tuan rumah seramai 3 orang  yang berada di dalam rumah, mak dan ayah mereka belum pulang dari keja.

jiran memberitahu sebenarnya penduduk di taman depan rumah kami yang perasan asap hitam keluar dari tingkap dapur. dan dengan pantas terus menghubungi bomba. walhal budak-budak tu masih leka di ruang tamu bermain video game!!

dalam keriuhan orang ramai, saya terpandang jiran sebelah rumah. kak jie sekeluarga kelihatan tenang dan tersenyum apabila saya menghampirinya.

menurut cerita kak jie, dia tersentak terdengar siren bomba yang kuat masuk ke kediaman kami. tak lama kemudian loceng kecemasan di lif pulak yang berbunyi.

pihak bomba mengarahkan semua penghuni rumah keluar dengan segera dan berkumpul di bawah. kena ikut tangga! tak boleh guna lif. ditakuti tong gas dalam rumah yang terbakar tu akan meletup!

jiran yang panik akur arahan bomba. lantas macam-macam pesen baju santai dapat kita tengok. mereka semua sehelai sepinggang dan hanya mampu mencapai beg duit dan handphone sebab nak cepat keluar dari rumah.

tetapi tidak bagi kak jie. saya lihat kak jie dan suaminya mengusung 2 buah beg. jenis backpack. sedangkan anak-anaknya seramai 4 orang hanya duduk berehat.

saya yang agak pelik melihat beg tu bertanya, “kak jie nak pegi mana?”. lalu jawapnya, “tak ke mana-mana pun, ini beg emergency kami”.

 

~ inilah yang nak dikongsikan. BEG EMERGENCY wajib semua orang ada!

 

apa itu beg emergency?

~ beg emergency menyimpan semua dokumen penting, barang berharga, ubat dan pakaian. jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, banjir kilat atau tanah runtuh, kita tak akan kehilangan ic, pasport atau barang kemas…selagi kita sempat mengambil beg tersebut.

 

apa yang perlu diisi?

1. sediakan 1 beg. khas untuk dokumen penting.

> contohnya seperti surat beranak semua ahli keluarga, salinan ic, pasport, sijil akademik, buku bank, asb, tabung haji dan apa saja dokumen yang dirasakan penting.

> barang berharga seperti barang kemas, sedikit duit poket dan ubat (jika sentiasa memerlukan pengambilan ubat berjadual).

 

2. sediakan 1 lagi beg. khas untuk pakaian dan lain-lain.

> masukkan sepasang baju bagi setiap ahli keluarga.

> pastikan ada ruang kosong untuk diisi kemudian seperti handphone, handbag, laptop, kamera atau apa saja barang berharga yang sempat dicapai sebelum keluar rumah.

~ maklumkan kepada semua ahli keluarga tentang beg tersebut. jika berlaku kecemasan, hanya capai beg tu dan selamatkan diri. itu yang penting.

bagusnya idea…saya pun ikut cara kak jie. sahabat semua, luangkanlah sedikit masa untuk mengemaskini dokumen dan barang kesayangan kita ye…buatlah beg emergency ni. kerana kita tak tahu bila bencana akan menimpa.

 

ddmk: sediakan payung sebelum hujan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s