restoren thai chi

restoren thai chi yang terletak di dalam Villaggio adalah tempat yang paling sedap untuk menjamu selera. apalagi tekak melayu macam kita ni, pergilah seantero dunia pun seboleh-bolehnya mesti nak cari restoren selera Asean.

tak dapat jumpa kedai yang jual makanan malaysia macam ikan masak asam pedas, ayam masak lemak cili padi atau gulai kawah pun takpe…asalkan dapat cari kedai yang hidangkan tomyam panas, kerabu masam manis, ikan 3 rasa dan pulut mangga…itu pun dah cukup kan?

bertuahlah sangat di doha ni ada restoren thailand. baru jumpa 2. 1 di Villaggio dan 1 di The Centre ada menjual makanan siam ni.

banyak menunya yang sedap-sedap. bermula dari kerabu betik, tomyam, ikan 3 rasa, kari hijau, kailan goreng, itik panggang, bihoon goreng, mee goreng, nasi goreng nenas sampailah ke pulut mangga, pisang goreng dan popia kurma. banyak lagi la kalau nak disebut…hehee..

dijamin kalau ikut selera saya ni..makanannya memang tak mengecewakan. di sini juga tempat nak jumpa orang malaysia dan indonesia. setiap kali menjamu selera di thai chi setiap kali tu juga akan bertemu dengan orang dari rumpun kita.

minggu lepas sempat pulak snap gambar-gambar ni….jom layan je…..

 

~ kerabu seafood…hmmm…kecur liur dah ni…

 

~ ayam sweet & sour…sedapppp…

 

~ sayur kailan goreng…ada ayam sekali…

 

~ ikan bawal masak 3 rasa…memang mantopp….hehee…

 

~ jemput makan ye…..bismillaah…

 

~ penghilang dahaga…

 

~ alhamdulillah…dah kenyang. inilah tempatnya thai chi…..

 

minggu lepas ramai pulak family arab makan kat sini. mereka pun nak alih rasa jugak kan…asyik makan kebab dan nasi arab je. tapi sayang jugaklah…..mana restoren malaysia? yang saya tahu hanya ada 1 di souq waqif, iaitu restoren kebaya.

kalau negara jiran boleh buat income kat sini kenapa negara kita tak buat. sedangkan makanan kita lagi hebat. ada sate, ayam percik, rojak, lontong, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi tomato, nasi ayam, cendol, abc, pulut durian…haaaa…beribu menu kalau nak sebut nih. (tak leh sebut banyak2, nanti terliur pulak den..hahaa.)

 

ddmk: nak makan burger kat gerai depan 7eleven la..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s