resepi puding roti ala arab

dah berbulan-bulan sebenarnya nak buat puding roti. asyik bertangguh je. tapi pagi ni tetiba bersemangat pulak. dok jeling-jeling kat dapur kebetulan semua bahan ada. ahah! apa lagi….jom kita mulakan…hehee..

kebanyakan kuih tradisi orang arab semuanya manis. dalam masa yang sama mereka suka makan kekacang seperti badam, gajus, hazel, pistachio, kismis, kurma, buah tin, buah prune dan aprikot.

hari ni saya dah tokok tambah resepinya. maka terzahirlah puding roti Made in Doha…eheh..

 

bahan-bahan:

4 keping roti

4 sudu besar gula pasir

2 biji telur

2 sudu besar butter

1 tin susu cair ideal- 375ml @ susu segar

1 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan cornflakes

kismis, badam, gajus- ikut suka hati je nak letak banyak mana… } bahan kering

2 biji aprikot (dihiris), 2 biji kurma (dihiris), 2 biji buah tin (dihiris)    } bahan kering

* kalau tak ada buah tin dan kurma takpa, aprikot pun ok.

 

caranya:

1. sapukan roti dengan butter- sebelah bahagian roti sahaja.

2. potong roti kepada 2 bahagian dan susun lapisan pertama ke dalam acuan.

3. masukkan conflakes dan sedikit bahan kering.

4. susun baki roti untuk lapisan kedua dan taburkan baki bahan kering di atasnya.

* di dalam mangkuk lain, pukul telur dengan gula. setelah gula hancur masukkan susu dan esen vanila.

kacau sebati dan tuangkan ke dalam acuan berisi roti tadi. biarkan roti kembang sekejap.

* masukkan adunan ke dalam pengukus. kukus dalam api sederhana selama 20 ke 25 minit, jangan buka pengukus selagi belum 20 minit.

 

~ boleh di makan semasa panas atau sejuk (simpan dalam peti ais).

~ sedap dihidangkan semasa sejuk la sebab boleh dimakan dengan aiskrim vanilla atau sirap strawberi..

~ saiz hidangan untuk 2 orang sahaja ye..nak lebih sila adjust sendiri..hehee..

~ selamat mencuba!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s