dubai the 2nd~ Atlantis

pada penghujung musim sejuk yang lepas kami ke dubai. jalan-jalan sambil cuci mata.

jika kunjungan sebelum ni kami memilih hotel Ramada yang betul-betul mengadap the Burj, kali ni hotel pilihan ialah Atlantis di The Palm.

berbunga-bunga hati bila survey kat internet tentang hotel ni, tak sabar nak tengok dengan mata kepala sendiri tentang ‘Gah’nya Atlantis hotel. selain namanya sebaris dengan hotel bertaraf 7 bintang, Atlantis terletak di tengah-tengah lengkungan ‘pokok palm’, mengadap laut lepas.

mempersona...

~ Atlantis merupakan sebuah resort hotel di Palm Jumeirah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. ia telah dibuka pada 24 September 2008. resort ini diilhamkan selepas pembinaan Atlantis Paradise Island resort di Nassau, Bahamas.

~ hotel setinggi 23 tingkat ini terdiri daripada dua menara yang dihubungkan dengan sebuah jambatan, dengan jumlah 1.539 bilik. terdapat 2 stesen monorel yang menyambungkan bahagian daratan dengan resort yang terletak jauh ke laut.

sampai di airport dubai dah pukul 8.30 malam. dijangkakan perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa selama 40 minit. mujurlah kami dah tempah hotel pick-up, jadi tak perlulah nak beratur dapatkan teksi. dan tak disangka-sangka sungguh…pihak Atlantis menghantar sebuah mercedes s class!

perghhh…merasalah jugak naik kereta mewah ni. dalam s class tu dah disediakan 2 botol air mineral dan majalah tentang Atlantis. dengan aircond yang sejuk dan wangi..seat yang empuk gebu macam kerusi urut osim, terus hilang lengguh kaki..hampir terlena dibuatnya. rasa macam ‘orang kaya’ pulak..ehehe..

dari jauh sedikit demi sedikit semakin jelas hotelnya. bila dah depan mata terpegun dengan Atlantis…mata tak berkedip bila melihat secara langsung sebab selama ni hanya tengok di internet saja.

apabila kaki melangkah masuk…pandangan terus terpukau dengan arca kristal di tengah-tengah lobi hotel…

arca kristal setinggi 14 meter ni telah ditempa satu per satu di kilangnya. dan dicantum di hotel. setiap satu kristal mempunyai bentuk yang berlainan. warna juga berlainan. sebab tu ambillah gambar dari setiap arahpun, ianya takkan sama!

Atlantis telah mengungguli anugerah Hotel Terbersih Dunia pada tahun 2012. yang mana sebanyak 300 hotel bertaraf premium telah menyertai pertandingan tersebut. iya, memang tak dinafikan langsung!

selain hotelnya yang bersih, atmosferanya yang segar dan landskap yang tersusun rapi, penataan hiasan dalam hotel ini setiap incinya sangat teliti seiring dengan temanya, Atlantis the lost city.

dari hiasan dindingnya, lampunya hinggalah di setiap laluan pengunjung di tatarias dengan identiti yang berlainan. tak kan ada hiasan yang sama bagi setiap sudut!

selesai check-in, kami terus menuju ke bilik. bukak je pintu….erksss… woooo….🙂

inilah pemandangan dari bilik di tingkat 8, west wing.

bilik pilihan….imperial room. dah tempah seminggu lebih awal.

Atlantis The Palm Dubai

ddmk: tak boleh tidooo….

5 responses to “dubai the 2nd~ Atlantis

  1. Dulu masa time atlantis in construction, sy keja jadi supervisor interior design dgn 1 company malaysia ni kat situ (2007-2008) …company tu la yg buat ID suma bilik2 hotel kt atlantis tu..tp yg kesiannya company tu dh lingkup bankrap after atlantis completed..nasib baik sy sempat berenti dulu…waktu construction atlantis ni dulu..kerja mmg teruk …nk siapkan on the deadline target…jadi kerahan tenaga la ktorang ni…sedih pon ade ms tu..rs nk blk msia je ..dah tu pulak mmg hari2 kena bedal je ngan consultants Mat salleh sana…yg bestnya..dpt jmp ramai org berbagai bangsa kerja kt situ..more than 30 nationalities…oh ya…citer psl pengalaman sy ms kerja kat situ ek…dinding bilik2 tu je ingat2 sy mau 4-5 lapis cat kn buat..asyik x puas hati jer..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s